faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

JEJAK ASNAF SIRI (3) JAJAHAN TUMPAT TAHUN 2022

Program Jejak Asnaf Siri ( 3 ) di Tumpat bersama Majis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada kali ini telah berjalan dengan jayanya.

Untuk siri kali ini, pihak Masjid Ismaili Bandar Tumpat telah menziarahi lima keluarga asnaf fakir dan miskin di sekitar Mukim Geting, Tumpat.

Program Jejak Asnaf ini merupakan satu program khas yang dilaksanakan oleh MAIK bertujuan mengesan asnaf yang belum menerima sebarang bentuk bantuan daripada pihak MAIK.

YABrs. Ketua Jajahan Tumpat, Tuan Haji Rusydee bin Abdullah telah mewakili YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK bagi menyampaikan bantuan kepada kesemua keluarga terpilih.

Setiap daripada mereka menerima wang tunai dan kotak makanan yang mengandungi barangan keperluan asas serta sekampit beras dengan berat 5 kilogram.

Pada siri ini juga, MAIK telah menyampaikan Bantuan Pembangunan Ekonomi Asnaf kepada seorang asnaf miskin di Kampung Laut, Tumpat yang menjual dan membekal makanan sejuk beku.

Dia menerima satu unit mesin pengadun tepung, kuali dan seunit dapur semawar serta sejumlah wang tunai sebagai modal perniagaan.

Jejak Asnaf kali ini juga disertai Al-Fadhil Ustaz Fathul Hakim bin Kamarul Zaman, Imam Tua Masjid Ismaili Bandar Tumpat dan beberapa orang kakitangan masjid.

Semasa sesi ziarah kali ini juga, pihak masjid telah menyarankan kepada penerima sumbangan agar mengemukakan permohonan bantuan bersesuaian kepada MAIK untuk dipertimbangkan.

Pihak masjid juga amat mengalu-alukan kehadiran mereka ke pejabat masjid bagi mendapatkan maklumat dan

mempermudahkan urusan membuat permohonan bantuan MAIK secara atas talian.

Semoga bantuan yang diterima ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga berkenaan.

Terima kasih diucapkan kepada semua pembayar-pembayar zakat kepada MAIK.

Semoga ALLAH SWT memberi limpahan pahala dan rezeki kepada mereka yang menginfaqkan hartanya ke jalan ALLAH dan menambah keberkatan padanya. Aamiin Ya Rabbal Alamin

#JejakAsnafMAIK

#MAIK2022

 flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1654
Kelmarin3023
Minggu Ini18138
Bulan Ini88581
Jumlah Pengunjung27555024

A- A A+