faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA RUMAH KEBAJIKAN DARUL AITAM MAIK TAHUN 2022

Pada 1 Disember 2022 bersamaan 6 Jamadil Awal 1444H, Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Darul Aitam, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Perdana Penghuni Darul Aitam 2022 di Masjid Mawaddah, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJPSIP), Panji.

Majlis ini membabitkan semua penghuni Darul Aitam MAIK, kakitangan Darul Aitam dan KIJPSIP. Seramai 52 orang terdiri daripada 29 orang penghuni Darul Aitam Putera dan 23 Darul Aitam Puteri telah khatam Al-Quran.

Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Yang Amat Berusaha, Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK dan turut dihadiri Al-Fadhil Ustaz Habaudin bin Ab Razak, Penyelaras Kelas Al-Quran Darul Aitam MAIK.

Majlis ini diadakan bagi meraikan anak-anak yatim Darul Aitam MAIK yang telah khatam Al-Quran disamping memberi dorongan kepada penghuni-penghuni lain masih belum khatam lagi untuk terus berusaha melakukan yang terbaik dalam pendidikan Al-Quran disediakan pihak pengurusan Darul Aitam MAIK.

 flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1377
Kelmarin3023
Minggu Ini17861
Bulan Ini88304
Jumlah Pengunjung27554747

A- A A+