faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

LAWATAN RASMI KE PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Sahibus Samahah Datuk Dr Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan kerana telah sudi menerima kunjungan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di pejabat beliau di Putrajaya hari ini.

Kunjungan hormat daripada MAIK telah diketuai oleh Yang Amat Berusaha Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK, bersama Yang Berusaha Encik Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK dan Al-Fadhil Haji Murtadha bin Abdullah, Ketua Pegawai Agama MAIK.

Pertemuan lebih satu jam itu turut disertai Al-Fadhil Haji Muhammad Hana Pizi bin Abdullah, Imam Besar Negeri Kelantan bersama Al-Fadhil Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Baitulmal MAIK dan Yang Berusaha Encik Muhamad Firdaus bin Mat Rahim, Pegawai Komunikasi Korporat MAIK.

Antara yang dibincangkan adalah bagi perkongsian ilmu untuk pemantapan bidang penyelidikan di MAIK dan juga memperhebatkan lagi peranan MAIK.

Turut bersama pada pertemuan itu adalah Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan.

 

 

flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2015
Kelmarin3540
Minggu Ini11613
Bulan Ini11613
Jumlah Pengunjung29316230

A- A A+