faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KALAU MAIK TAK TOLONG...DI MANA NAK CEKAU?

Pada awal Disember 2021, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menerima emel berkait dengan rayuan kewangan bagi membiayai tunggakan yuran pengajian berjumlah ratusan ribu ringgit daripada seorang penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Bayangkan perasaan kita, apabila sudah enam tahun belajar di luar negara, sudah berada di tahun akhir, sudah hampir menggenggam gelaran seorang doktor, namun dek kerana masalah kewangan impian itu hampir musnah. Dia disekat untuk menduduki peperiksaan tahun akhir. Sepatutnya pengajiannya berakhir tahun ini.

Pastinya, berderai air mata apabila membayangkan perasaan ibubapa kita jauh di kampung yang meletakkan harapan tinggi untuk melihat kejayaan kita, kerana selama ini mereka juga mengerah keringat demi kita.

Impian menjadi seorang doktor ini hampir terkubur kerana sumber kewangan keluarga sangat terbatas, tetapi ratusan ribu ringgit diperlukan dengan segera untuk membolehkan peperiksaan tahun akhir diduduki.

Konflik ini dilalui oleh Nur Arifah binti Mohd Arif, berusia 26 tahun, anak jati Kelantan yang tinggal di Kampung Tok Dokang, Jalan Pantai Cahaya Bulan dekat Kota Bharu.

Pendapatan keluarga sekitar RM1,000 bergantung sepenuhnya kepada ayahnya yang bekerja sebagai tukang rumah, manakala sang ibu pula hanya suri rumah sepenuh masa.

Disebabkan masalah kewangan juga, salah seorang adik beradik Nur Arifah yang manja dengan panggilan along itu terpaksa berhenti belajar dan tidak menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi.

Kembali kepada cerita Nur Arifah, dia pernah berputus asa memikirkan tentang kekangan duit. Perasaan sedih memang tidak terbendung. Namun dia memilih untuk kembali ke Malaysia bagi mencari bantuan supaya dia dapat menduduki peperiksaan akhir tahun. Dia tidak mahu hampakan ibu bapa dan empat lagi adik beradiknya yang lain.

Setelah berada di Malaysia, dia tidak berpeluk tubuh dan hanya menunggu bantuan semata-mata, Adik Nur Arifah mengambil keputusan bekerja sementara di sebuah klinik di Selayang, Selangor meskipun gaji tidak berapa tinggi. Baginya asalkan boleh menabung untuk menampung membayar tunggakan pengajiannya di Mesir.

"Berapa sangat saya dapat, tapi saya kena cari duit. Umi di kampung pun dan guna pelbagai cara untuk cari duit. Sedih tu memang sedih. Saya dah di tahun akhir, tapi tak boleh nak habiskan.

"Banyak tempat dah saya buat permohonan tapi tak dapat. Sehinggalah suatu hari pihak MAIK memaklumkan saya layak menerima bantuan zakat," luahnya.

Alhamdulilah, pada Ahad lalu pihak MAIK diwakili Yang Berusaha Encik Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK bersama Yang Berusaha Cik Nur Hanis binti Alias, Pegawai Tadbir (Pendidikan) MAIK dan turut disertai Yang Berusaha Encik Muhamad Firdaus bin Mat Rahim, Pegawai Komunikasi Korporat MAIK telah mengunjungi keluarga adik Nur Afifah dan menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Nur Arifah mendapat bantuan khas Dermasiswa Sultan Ismail Petra yang berjumlah RM100,000.

Nur Arifah meluahkan kesyukuran dan berterima kasih kepada kesemua pembayar zakat MAIK, sebab baginya amat mustahil untuk dia dapatkan RM100,000 dengan cepat. Nadanya yang pada awalnya sebak sekelip mata berubah apabila bercakap mengenai bantuan yang diterima dari MAIK. Dia mampu berkata- kata dengan nada gembira dan melemparkan senyuman.

Ini menunjukkan betapa bermaknanya harta yang diinfakkan oleh pembayar zakat kepada MAIK. Betapa bernilainya zakat yang dibayar oleh saudara-saudari sekalian untuk memberikan semula kegembiraan kepada insan-insan yang hampir ‘rebah’ dibadai dugaan kehidupan ini.

MAIK mendoakan agar sumbangan yang disampaikan ini dapat membantu kejayaan adik Nur Arifah dan seterusnya ALLAH SWT akan mengurniakan ganjaran pahala yang berterusan kepada pembayar zakat berkat ilmu yang dimanfaatkan oleh Nur Afifah dengan berbakti kepada keluarga dan juga masyarakat di luar sana setelah menamatkan pengajian nanti.

Ayuh sama-sama kita menggandakan pahala dan merebut ganjaran pahal daripada ALLAH SWT dengan menjadi salah seorang daripada pembayar zakat bersama MAIK.

MAIK juga menyediakan khidmat potongan gaji untuk pembayaran zakat. Justeru bagi mereka yang ingin berzakat tetapi tidak berkelapangan untuk hadir ke pejabat MAIK, saudara-saudari boleh menunaikannya menerusi http://eptg.e-maik.my/

Mudahkan! Kalau nak tahu juga cara pengiraan zakat anda juga boleh melayari link yang disediakan di bawah ini:

Kira Zakat Anda:

https://www.e-maik.my/v2/pautan-eperkhidmatan/kalkulator-zakat-pendapatan

Potongan Zakat Bulanan:

http://eptg.e-maik.my/

Wakaf Tunai:

http://waqaftunai.e-maik.my/

 

flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2413
Kelmarin3540
Minggu Ini12011
Bulan Ini12011
Jumlah Pengunjung29316628

A- A A+