faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

LIMA KELUARGA DI KOTA BHARU TERIMA WANG ZAKAT MAIK

Lima keluarga terpilih sekitar Kampung Kota dan Pintu Geng di Kota Bharu menerima sumbangan zakat yang disampaikan dari rumah ke rumah.

Sumbangan zakat dengan nilaian keseluruhan sebanyak RM 7,000.00 itu telah disampaikan oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz juga Yang Dipertua MAIK bersama Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong.

Turut bersama menziarahi keluarga asnaf fakir dan miskin ialah, Yang Amat Berusaha Haji Mohd Anis bin Hussein, Ketua Jajahan Kota Bharu bersama isteri dan Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK serta isteri.

Pelbagai kisah yang diceritakan ada diantaranya terpaksa berhentikan pengajian anak di peringkat universiti kerana tidak mampu tanggung perbelanjaan pengajian dan harian mereka.

Selain itu, sang isteri mengambil tanggungjawab sebagai ketua keluarga kerana suami tidak boleh bekerja akibat kencing manis ekoran pergerakan sangat terbatas demi menyara keluarga.

Ada diantaranya juga menumpang ehsan bekas majikan. Tinggal di bilik kecil tinggalan majikannya. Sang ayah tidak boleh bekerja kuat kerana sering diserang sakit kepala, kesan kemalangan jalan raya.

Lihatlah betapa bermaknanya harta yang diinfakkan kepada MAIK. Kami telah sampaikan kepada mereka memerlukan sehinggakan air mata penerima zakat mengalir tanda terlalu gembira mendapat bantuan ini ketika mana mereka dilanda kesempitan hidup.

Terima kasih pembayar zakat. Anda Hero Asnaf.

 flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1290
Kelmarin3433
Minggu Ini17564
Bulan Ini23630
Jumlah Pengunjung30846802

A- A A+