faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PENGHUNI PPS SK CHICA TERIMA BANTUAN MANGSA BANJIR DARIPADA MAIK

pustaka1 pustaka2

Selain Pasir Mas, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada hari sama telah meneruskan misi membantu mangsa banjir di Rantau Panjang.

Seramai 184 ketua isi rumah (KIR) terjejas banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Chicha Tinggi tidak terkecuali menerima sumbangan dari kami.

Kesemua mereka menerima wang tunai yang disampaikan oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz juga Yang Dipertua MAIK bersama Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong

Turut sama ialah, YABrs. En Hazmi bin Abdul Hamid, Ketua Jajahan Pasir Mas dan Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Seorang penerima, Puan Hartini binti Hassan,55 memberitahu pada kali ini sudah dua kali rumahnya di Lubuk Jong ditenggelami banjir.

Di dalam rumahnya, air sedalam hampir dua meter. Kesemua barang rumah yang diletakkan di tempat tinggi juga habis rosak kerana paras air kali ini di luar jangkaan.

Kongsinya meskipun sedih dengan apa yang dihadapi tetapi tetap bersyukur keluarganya selamat dan berjaya pindah ke PPS di sini.

Kak Hartini mengucapkan terima kasih kepada pihak MAIK dan wang yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaannya.

#MAIK2022


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini369
Kelmarin3667
Minggu Ini7497
Bulan Ini79532
Jumlah Pengunjung31534854

A- A A+