faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK AGIH BANTUAN KE PERKAMPUNGAN ORANG ASLI YANG TERJEJAS AKIBAT BANJIR

Badai Monsun Timur Laut yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur baru-baru ini memberikan kesan bencana alam yang luar biasa kepada penduduk terutamanya di jajahan Gua Musang, Kelantan.

Perkampungan Orang Asli di Gua Musang adalah kawasan yang paling teruk terjejas dilanda banjir pada kali ini, sehinggakan masyarakat di sana terputus hubungan dan diuji dengan kekurangan bekalan makanan.

Maklumat yang diterima oleh kami, dikongsikan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, keadaan kawasan pedalaman Orang Asli teruk terjejas akibat hujan lebat yang berpanjangan.

Tiada daya untuk menghalang ujian daripada ALLAH SWT, Maha Pencipta Segala-Galanya. Penduduk di kawasan terlibat dalam sekelip mata diuji.

Sembilan pos terputus hubungan akibat tanah runtuh, jalan mendap dan jambatan hanyut serta jalan yang sedia ada menjadi penghubung mereka rosak teruk.

Empat pos yang berdekatan dengan pesisir Sungai Betis dan Sungai Lebir juga dinaiki air.

ALLAHUAKBAR. Bagaimanalah mereka mampu untuk keluar mencari makanan dalam keadaan sebegitu.

Seteleh dimaklumkan mengenai nasib yang dihadapi Orang Asli di sana, kami di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah turun padang menghulurkan bantuan segera berupa makanan.

Atas dasar keprihatinan kepada masyarakat Orang Asli yang diuji dengan banjir, MAIK telah membelanjakan sebanyak RM283,000.00 dengan menghulurkan sumbangan segera bakul makanan keperluan asas kepada 2,830 Ketua Isi Rumah Orang Asli yang terjejas.

Bantuan yang diagihkan bermula pada 25 Disember 2021 melalui kaedah jalan darat dan udara telah dijayakan dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, Jabatan Pangkalan Udara Bomba Subang, KESEDAR, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Daerah Gua Musang, JAKOA serta Team Pacuan 4x4 Kuala Betis.

Diharap dengan bantuan yang disumbangkan oleh pihak MAIK ini dapatlah membantu mengurangkan sedikit bebanan keluarga mangsa terlibat.

'TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT. ANDA HERO ASNAF!'

Kira Zakat Anda:

Kalkulator Zakat MAIK

Potongan Zakat Bulanan:

Sistem e-PTG

 

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini756
Kelmarin3366
Minggu Ini13720
Bulan Ini13720
Jumlah Pengunjung29318337

A- A A+