faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK AGIH WANG FIDYAH, BANTU RINGANKAN BEBAN 18 KELUARGA ASNAF DI TUMPAT

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana hari ini, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dapat mengagihkan wang bayaran fidyah tahun 2021 kepada golongan yang memerlukan.

Alhamdulillah, sebanyak 18 keluarga asnaf terpilih di Tumpat telah menerima sumbangan wang tunai yang disampaikan oleh Yang Amat Berusaha, Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK, berlangsung di Masjid Ismaili Bandar Tumpat hari ini.

Hadir sama, Yang Amat Berusaha Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, Ketua Jajahan Tumpat, Yang Berusaha Encik Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK, Yang Berusaha Encik Mohd Azman bin Ghazali, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, Al-Fadhil Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Baitulmal MAIK dan Yang Berusaha Encik Ahmad Syazwan bin Muhammad Hasan, Pegawai Unit Mal dan Sumber Am MAIK.

MAIK juga telah mengagihkan sebanyak RM697,000 wang fidyah tahun 2021 yang mana lebih 5,000 penerima telah mendapat manfaatnya.

Betapa bernilainya wang fidyah yang dibayar oleh saudara-saudari sekalian, kerana dengan wang itulahlah dapat membantu mereka yang memerlukan di luar sana.

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada ALLAH SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

MAIK juga menyediakan sistem e-Fidyah untuk memudahkan orang ramai membayar fidyah secara atas talian.

Orang ramai boleh klik pada pautan ini untuk urusan pembayaran fidyah secara atas talian:

https://zakat.e-maik.my/fidyah/

Sama-samalah kita membayar fidyah bersama MAIK supaya lebih ramai lagi yang mendapat manfaat dengan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim setelah menunaikan kewajipan menjelaskan fidyah.

 

 

 

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini486
Kelmarin3366
Minggu Ini13450
Bulan Ini13450
Jumlah Pengunjung29318067

A- A A+