faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK AGIH LEBIH RM 10 JUTA BANTUAN SEDIAKAN KEDIAMAN SELESA BUAT ASNAF

Setiap permasalahan berkaitan dengan kediaman yang diluahkan oleh rakyat mendapat perhatian sewajarnya oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Memanfaatkan harta yang diinfakkan, MAIK telah memperuntukkan sebanyak RM10,359.000 juta bagi pembinaan rumah kediaman asnaf melalui ketua jajahan untuk tahun 2022.

Pengurniaan replika cek kepada ketua-ketua jajahan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK telah diadakan pada Majis Sidang Media Laporan Khas Terimaan dan Perbelanjaan MAIK Bagi Januari Hingga Jun Tahun 2022 yang berlangsung pada 25 Ogos 2022, di Hotel Perdana.

Jajahan terlibat adalah :

  • Kota Bharu - RM896,000 (16 Rumah)
  • Gua Musang - RM967,000 (17 Rumah)
  • Kuala Krai - RM941,000 (16 Rumah)
  • Pasir Mas - RM1,009,000 (17 Rumah)
  • Tanah Merah - RM972,000 (17 Rumah)
  • Pasir Puteh - RM1,108,000 (19 Rumah)
  • Jeli - RM1,211,000 (21 Rumah)
  • Machang - RM1,132,000 (20 Rumah)
  • Tumpat - RM959,000 (17 Rumah)
  • Bachok - RM1,164,000 (20 Rumah)

Permohonan Rumah Agihan Zakat MAIK (Rumah Sebuah) boleh dibuat kepada Pejabat Tanah dan Jajahan melalui Penggawa terdekat dengan kediaman pemohon.

Calon-calon penerima rumah Agihan Zakat MAIK (Rumah Sebuah) akan disenarai pendek oleh Pejabat Tanah dan Jajahan sebelum dibentangkan kepada MAIK untuk menerima kelulusan bantuan rumah tersebut.

MAIK ingin menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada para penyumbang dan pembayar zakat, hasil infak andalah keluarga asnaf ini dapat meneruskan kehidupan bersama anak-anak dengan lebih selesa.

#ZAKATMAIK

#MAIK2022

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini3270
Kelmarin3741
Minggu Ini10737
Bulan Ini83799
Jumlah Pengunjung30906971

A- A A+