faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TENGKU TEMENGGONG KELANTAN SANTUNI KELUARGA ASNAF DARI RUMAH KE RUMAH DAN KURNIAKAN ZAKAT MAIK DI JAJAHAN JELI

Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz bersama Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong berkenan menyantuni keluarga asnaf dari rumah ke rumah di Jajahan Jeli.

Pada Selasa, sebanyak lima keluarga terpilih sekitar Kuala Balah menerima kurniaan bakul makanan dan wang zakat Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) berjumlah antara RM1,000 hingga RM2,000 setiap seorang.

Penerima adalah, Fatimah binti Che Kob, 75 tahun merupakan ibu tunggal yang menderita kencing manis dan asma selepas disahkan positif COVID-19 dua tahun lalu. Kurniaan zakat akan digunakan bagi membeli ubat-ubatannya.

Seorang penerima lain, Norma binti Awang Lah, 63, yang diuji dengan strok sejak lima tahun lalu. Dugaan ke atas makcik Norma bertambah semenjak kematian suaminya yang sering meracau dan berhalusinasi.

Manfaat wang zakat yang diinfakkan menerusi MAIK juga turut dinikmati oleh Mohamed @Ramli bin Yasim juga bekas seorang tukang urut. Semenjak lima tahun lalu selepas terlibat dalam kemalangan pak cik Mohamed hilang punca rezeki kerana tulang pahanya patah.

Wang zakat MAIK turut diberikan kepada Zulkifli bin Kasim, 63, yang tiada sumber pendapatan tetap. Sebelum ini pak cik mengambil upah menoreh getah dan kerja kampung. Dia tinggal di rumah sendiri bersama isteri dan seorang anak bakal melanjutkan pengajian ke IPT.

Kini pak cik Li tidak dapat melakukan kerja berat setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Santuni asnaf tersebut turut disertai Yang Amat Berusaha Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK bersama Yang Berbahagia isteri; Yang Amat Berusaha Haji Nik Raisnan bin Haji Daud, Ketua Jajahan Jeli berserta Yang Berbahagia isteri dan Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Aziz bin Derashid, ADUN Kuala Balah.

Pada setiap kunjungan dari rumah ke rumah juga, Al-Fadhil Ustaz Abdul Muhaimin bin Yahya, Imam Tua Masjid Sultan Muhammad 1 Bandar turut membaca doa bagi kesejahteraan kepada para penerima.

Terima kasih pembayar zakat. Hanya ALLAH SWT mampu membalas jasa kalian.

#MAIK2020

#ZAKATMAIK

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini891
Kelmarin2801
Minggu Ini11397
Bulan Ini81840
Jumlah Pengunjung27548283

A- A A+