faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK AGIH RM116,250 UNTUK BANTUAN PERSEKOLAHAN, CERIAKAN ADIK-ADIK PELAJAR BAGI JAJAHAN JELI.

Seramai 775 anak asnaf fakir dan miskin di jajahan Jeli menarik nafas lega apabila mereka menerima sumbangan Bantuan Persekolahan dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Sumbangan yang bernilai RM116,250 itu telah diagihkan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Muhaimin bin Yahya, Imam Tua Masjid Sultan Muhammad 1 Bandar Jeli menerusi 22 Imam Mukim di Masjid Sultan Muhammad I, Jeli hari ini bersamaan 9 Mac 2022.

Bantuan bernilai RM150 melibatkan wang tunai bersama beg serta alat tulis itu akan diserahkan kepada 267 ketua isi rumah yang layak.

Imam Mukim masing-masing akan menyerahkan sumbangan berkenaan kepada anak mukim mereka mengikut kesesuaian semasa.

Semoga bantuan ini dapat menceriakan adik-adik yang bakal memulakan persekolahan nanti dan diharapkan dapat belajar dengan sempurna.

Terima kasih kepada para pembayar zakat yang telah menginfakkan harta mereka menerusi MAIK bagi meringankan beban golongan asnaf fakir dan miskin di negeri Kelantan.

Terima Kasih Para Pembayar Zakat, Anda Adalah Hero Asnaf!

Layari Portal Rasmi www.e-maik.my untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa Follow, Like dan Share :

- Instagram: https://www.instagram.com/maikkelantan

- Facebook: Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan

#MAIK2022

#MAIKPrihatin

 

 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini376
Kelmarin3013
Minggu Ini6434
Bulan Ini6434
Jumlah Pengunjung29311051

A- A A+