faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK HULURKAN BANTUAN RINGANKAN BEBAN MANGSA BANJIR DI KAMPUNG TERSANG, RANTAU PANJANG

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) hari ini, turun padang menyantuni dan menghulurkan bantuan bagi membantu meringankan beban yang dihadapi mangsa banjir di Kampung Tersang dekat Rantau Panjang.

Alhamdulillah, sebanyak 36 keluarga di Kampung Tersang, yang merupakan antara kawasan terjejas teruk telah menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM1,000 dan barangan keperluan bernilai RM300 untuk setiap isi rumah.

Antara barang keperluan ialah, toto, selimut dan termasuk barangan dapur.

Sumbangan rumah ke rumah itu telah dikurniakan sendiri oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK bersama isteri, Yang Mulia, Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman.

Bantuan yang disampaikan MAIK hari ini adalah dikhaskan untuk keluarga di Kampung Tersang sahaja, manakala mangsa banjir di beberapa kawasan yang lain akan dikoordinasikan dengan Ketua Jajahan masing-masing.

Yang Berhormat Mulia juga turut menzahirkan rasa syukur kerana musibah bencana banjir yang melanda negeri Kelantan kali ini dapat ditangani dengan baik hasil kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.

Semoga kurniaan bantuan ini dapat membantu mereka yang terkesan bagi menghadapi semula kehidupan pasca banjir.

Program turut dihadiri, Yang Berhormat Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Yang Berhormat Dato' Hajah Mumtaz Md Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri serta Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Terima kasih Para Pembayar Zakat! Anda Hero Asnaf!

Layari Portal Rasmi www.e-maik.my untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa Follow, Like dan Share :

- Instagram: https://www.instagram.com/maikkelantan

- Facebook: Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan

#MAIK2022

#MAIKPrihatin

 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini660
Kelmarin3013
Minggu Ini6718
Bulan Ini6718
Jumlah Pengunjung29311335

A- A A+