faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK BANTU: DAH PENAT BERHUTANG RAIH BANTUAN PENDUDUK UNTUK MEMBAYAR SEWA RUMAH

"Kami dah penat berhutang sana sini nak bayar rumah sewa, api (bil elektrik) dan air. Banyak kali sangat tak bayar," luah abang Alwi bin Abdullah kepada kami semalam.

Abang Alwi yang sudah empat tahun memeluk Islam itu memberitahu kami, mereka tiga beranak sangat bersyukur dan gembira apabila Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), bersama Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah membina rumah baharu kepada mereka.

Cerita bapa berusia 44 tahun itu juga, sebelum ini mereka kerap berhutang untuk membayar rumah sewa berjumlah RM180 sebulan.

Bagi mereka nilai tersebut sangat tinggi memandangkan abang Alwi dan isterinya hanya bergantung kepada upah menoreh getah untuk perbelanjaan seharian mereka.

"Berapa sangatlah yang saya dan isteri dapat, belanja sekarang pun tinggi. Tapi kami bersyukur ada orang kampung yang tolong derma duit untuk kami bayar rumah sewa, sebab kami tak ada tempat lain untuk dituju.

"Terima kasih banyak-banyak MAIK, Pejabat Tanah (Dan Jajahan Tanah Merah), tok imam dan penghulu, bila kami mengadu mereka cepat bertindak," katanya.

Kongsi bapa kepada seorang puteri yang baharu berusia 15 hari ini juga, dia tidak pernah bermimpi untuk memiliki rumah sendiri kerana dia tidak 'bergaji besar'.

Rasa bersyukur dan terima kasih itu diluahkan kepada kami ketika ditemui selepas menerima replika kunci rumah yang dikurniakan oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK bersama isteri, Yang Mulia, Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman sempena Pelancaran Bantuan Persekolahan MAIK Tahun 2022.

Pada majlis yang berlangsung di Masjid Ismail Petra Jajahan Tanah Merah itu juga, seramai 13 penduduk turut menerima kurniaan kunci rumah daripada MAIK dan sumbangan wang tunai berjumlah RM300 setiap seorang.

Dikesempatan ini MAIK ingin mengucapkan terima kasih kepada pembayar zakat kerana dengan harta yang diinfakkan itulah MAIK dapat memberikan kegembiraan kepada 13 keluarga asnaf ini. Semoga semua pembayar zakat dikurniakan kesihatan yang baik dan diluaskan pintu rezeki untuk terus beramal.

 

flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini265
Kelmarin3540
Minggu Ini9863
Bulan Ini9863
Jumlah Pengunjung29314480

A- A A+