faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK GEMBIRAKAN 193 PELAJAR KELUARGA ASNAF FAKIR DAN MISKIN DI TANAH MERAH

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) hari ini telah mengagihkan bantuan kelengkapan persekolahan berserta wang tunai kepada 193 pelajar asnaf fakir dan miskin di seluruh jajahan Tanah Merah.Pengurniaan sumbangan tersebut telah disempurnakan Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK bersama isteri, Yang Mulia, Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman.

Pengurniaan sumbangan tersebut telah disempurnakan Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK bersama isteri, Yang Mulia, Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman.

Majlis Pengurniaan berkenaan adalah bersempena Pelancaran Bantuan Persekolahan MAIK Tahun 2022.

Program yang berlangsung di Masjid Ismail Petra turut dihadiri, Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK bersama isteri dan Yang Amat Berusaha, Encik Mohammad Yusoff bin Hassan, Ketua Jajahan Tanah Merah bersama dengan isteri.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah, Yang Amat Berusaha Encik Zulkernain bin Fauzi, Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan, Yang Berusaha Encik Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK dan Al-Fadhil Ustaz Mahamad Azmi bin Zakaria, Pegawai Agihan Zakat MAIK

Alhamdulillah hari ini seramai 118 murid sekolah rendah dan 75 pelajar sekolah menengah masing-masing menerima peralatan sekolah serta wang tunai dengan nilaian keseluruhan RM150 setiap seorang.

Semoga bantuan hasil pembayaran zakat daripada orang ramai ini dapat membantu memberikan kegembiraan kepada anak-anak asnaf fakir dan miskin untuk bersekolah dengan kelengkapan serba baharu.

Pada tahun ini juga MAIK mengagihkan sebanyak RM2.5 juta bantuan persekolahan yang akan diagihkan selewat-selewatnya pada awal Mac, menerusi masjid bandar jajahan dan mukim kepada pelajar-pelajar asnaf.

MAIK mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada kesemua pembayar zakat dan mereka yang telah menginfakkan harta menerusi kami.

MAIK juga menyediakan khidmat potongan gaji untuk pembayaran zakat. Justeru bagi mereka yang ingin berzakat tetapi tidak berkelapangan untuk hadir ke pejabat MAIK, saudara-saudari boleh menunaikannya menerusi http://eptg.e-maik.my/

 

flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini402
Kelmarin3540
Minggu Ini10000
Bulan Ini10000
Jumlah Pengunjung29314617

A- A A+