faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK BANTU : RUMAH BERDINDING ZINK RANAP DITIMPA POKOK PETAI DAN POKOK DURIAN

Tiada siapa yang menduga segalanya berlaku sekelip mata. Rumah yang sedia daif didiami seorang bapa bersama isteri dan dua anaknya berusia 13 dan 15 tahun ranap sekelip mata ditimpa pokok petai dan durian dalam satu kejadian Kampung Kenor, Bukit Lanjut, di Kuala Krai. Allahuakbar.

Dugaan besar dialami Asmawi Abdullah, 43, itu berlaku sekitar jam 7.15 malam Rabu lalu. Cerita bapa dua anak itu, kejadian itu berlaku ketika kerja-kerja mengorek tanah dilakukan jengkaut berdekatan dengan rumah mereka berteduh bagi pembinaan rumah untuk sepupunya.

“Tiba-tiba pokok tumbang atas rumah kami. Kami hanya mampu melihat sahaja kejadian ini. Kami tak dapat nak selamat apa-apa lagipun rumah kami memang kecil, berdinding zink. Bila kena timpa pokok memang ranap,” ujarnya yang redha dengan ujian ini.

Semoga abang Asmawi bersama isteri dan anak-anak mereka tabah menghadapi ujian ini. Ketika kejadian ini juga isterinya tiada di rumah kerana bekerja di Kota Bharu, dan pulang ketika cuti untuk melawat mereka tiga beranak di Kuala Krai.

Asmawi juga tidak mampu membina tempat tinggal baharu, dia bekerja sebagai tukang kebun di sebuah sekolah dengan gaji RM900 sebulan. Dia juga tidak mampu bekerja kuat seperti orang lain kerana diujia dengan kencing manis. Setiap hari dia perlu suntik insulin sebanyak dua kali.Sejujurnya abang Asmawi mengakui sudah ada pihak yang tampil memberikan sumbangan secara sedikit-sedikit dan dia masih tidak mampu membeli kesemua kelengkapan untuk membina kediaman baharu.

Alhamdulillah ujarnya, setelah ujian dihadapi keluarganya diketahui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), pihak MAIK diwakili Al-Fadhil Ustaz Armin Azahari bin Mamat telah tampil dengan segera menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM2,000 kepada abang Asmawi.

Terima kasih kepada pihak yang menginfakkan harta kepada MAIK. Anda lihatlah betapa bernilai dan bermaknanya sumbangan anda sekalian. Harta yang disalurkan kepada MAIK inilah dapat menggembirakan mereka yang memerlukan.

Semoga bantuan ini dapat melegakan abang Asmawi sekeluarga yang kini menumpang di rumah saudaranya buat sementara waktu.

 

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1457
Kelmarin3013
Minggu Ini7515
Bulan Ini7515
Jumlah Pengunjung29312132

A- A A+