faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK BERSAMA UnisZA SANTUNI MASYARAKAT ORANG ASLI DI KUALA LAH, GUA MUSANG

Alhamdulillah, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayua Kelantan (MAIK) bersama pihak Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) diberikan kesempatan oleh ALLAH SWT untuk meneruskan kerja-kerja kebajikan dan juga usaha-usaha dakwah.

Kali ini kami menerusi Program Ziarah Dakwah telah berkampung selama sehari di Pos Kuala Lah, Gua Musang untuk mengimarahkan masyarakat di kawasan berkenaan di samping menghulurkan sumbangan dan melakukan aktiviti yang merapatkan ukhwah antara MAIK, UnisZA dan penduduk di sana.

Masyarakat Orang Asli sememangnya tidak pernah dipinggirkan oleh kami, yang mana setiap minggu dan bulan pastinya terdapat pelbagai program dakwah serta Fardu Ain dilaksanakan termasuk juga MAIK telah menyediakan peruntukan tinggi buat mereka.

Kelas-kelas Fardu Ain yang dianjurkan pada setiap minggu juga telah memberi kesan yang sangat besar kepada dakwah kerana setiap tahun berlakunya penambahan pengislaman dari kalangan masyarakat Orang Asli dan bukan Orang Asli.

Pada ziarah dakwah kali ini, MAIK telah menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 75 ketua isi rumah masyarakat Orang Asli.

Ziarah Dakwah bersama UnisZA ini telah disertai AF Ustaz Murtadha bin Abdullah, Ketua Pegawai Agama MAIK dan YBrs. Puan Siti Farahida binti Fauzi, Pegawai Dakwah (Kanan) MAIK.

Layari Portal Rasmi www.e-maik.my untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa Follow, Like dan Share :

- Instagram: https://www.instagram.com/maikkelantan

- Facebook: Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan

#MAIK2022 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1939
Kelmarin3013
Minggu Ini7997
Bulan Ini7997
Jumlah Pengunjung29312614

A- A A+