faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK BELANJA LEBIH RM1 JUTA UNTUK PELBAGAI PROJEK WAQAF TUNAI

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah membelanjakan sebanyak RM1,007,920 untuk pelbagai Projek Waqaf Tunai MAIK di bawah Program Waqaf Tunai Kesihatan.

Perkara itu dikongsikan Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan sempena Pelancaran Bulan Wakaf MAIK Tahun 2022 pada 27 Jun 2022 yang berlangsung Β di Dewan Besar Balai Islam Kompleks Islam Darul Naim, Lundang.

Menerusi MAIK Program Waqaf Tunai Kesihatan MAIK, kami telah menyumbangkan pelbagai jenis mesin perubatan, antaranya mesin ultrasound, mesin kardiotografi, dan mesin flow oxygen.

Bagi projek kemudahan dan infrastruktur, MAIK dengan kerjasama pejabat tanah dan jajahan, telah membina tandak air di Jajahan Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

MAIK juga turut membina jeti penumpang di Jajahan Kuala Krai untuk kemudahan masyarakat setempat.

Selain itu, hasil sumbangan Waqaf Tunai MAIK juga, turut digunakan untuk menaik taraf bangunan pendidikan, seperti di Tahfiz Sulaimaniyah Tumpat.

Selain Waqaf Tunai, pihak MAIK turut menerima pewakafan tanah. Sehingga Mei 2022 terdapat 1,257 Lot Tanah, bersamaan 1,258 ekar tanah, telah didaftarkan dan diletakkan di bawah kawalan MAIK.

Sebanyak 59% tanah ini telah digunakan sebagai tanah perkuburan Islam, 21% telah dimanfaatkan sebagai tapak masjid dan surau, manakala bakinya telah didirikan pondok, tahfiz, sekolah, rumah anak yatim dan diberikan sewaan untuk tujuan pertanian dan premis perniagaan. Hasil sewaan kemudiannya diagihkan kepada penerima manfaat wakaf.

MAIK juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada jabatan kerjaan negeri, jabatan persekutuan dan semua pihak yang mengimarahkan ibadah wakaf, semoga ALLAH SWT merahmati dan memberi ganjaran pahala yang berpanjangan kepada pewakaf serta semua pihak yang berkerjasama.

β€œπ‘Ίπ‘¨π‘―π‘¨π‘΄ 𝑨𝑲𝑯𝑰𝑹𝑨𝑻 𝑩𝑬𝑹𝑾𝑨𝑲𝑨𝑭𝑳𝑨𝑯 𝑾𝑨𝑳𝑨𝑼 𝑺𝑬𝑫𝑰𝑲𝑰𝑻”

flickr

www.flickr.com

Β 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2530
Kelmarin2955
Minggu Ini15991
Bulan Ini86434
Jumlah Pengunjung27552877

A- A A+