faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK) LANCAR BULAN WAKAF TAHUN 2022

Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Pelancaran Bulan Wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang diadakan di Dewan Besar Balai Islam Kompleks Islam Darul Naim, Lundang di sini, pada 27 Jun 2022.

Majlis Pelancaran berkenaan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK juga Tengku Temenggong Kelantan.

MAIK mengambil inisiatif melaksanakan Bulan Wakaf sebagai usaha bagi meningkatkan pengetahuan dan pemahaman umat Islam berkaitan kepentingan ibadah wakaf disamping melahirkan masyarakat berwakaf di Negeri Kelantan.

Sepanjang Bulan Wakaf, MAIK akan mempromosikan produk-produk wakaf MAIK. Antaranya wakaf hartanah, Waqaf Tunai MAIK, Wakaf MAIK Muamalat, Wakaf Kesihatan MAIK-Universiti Sains Malaysia (USM), Wakaf Pendidikan MAIK –Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Wakaf Pendidikan MAIK- Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Majlis berkenaan turut dihadiri Yang Amat Berusaha, Tuan Haji Zulkifle Bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Yang Berhormat Dato’ Haji Norazman Bin Abd Ghani, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri Bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan; Yang Berhormat Sahibus Fadhilah Dato’ Haji Nik Abdul Kadir Bin Haji Mohamad, Timbalan Mufti Negeri Kelantan, Yang Amat Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Ahli Majlis MAIK dan Yang Amat Berbahagia Profesor Emeritus Dato’ Ir. Dr. Zainai Bin Mohamed, Ahli Majlis MAIK.

Turut memeriahkan program ini ialah, Yang Mulia Engku Rajhan Bin Engku Ismail, Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Yang Amat Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Bin Mahamd Adikan, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia dan Yang Amat Berbahagia Profesor Dr. Razli Bin Che Razak, Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan.

Bagi meningkatkan lagi kefahaman mengenai wakaf dan membudayakan ibadah berwakaf, pihak MAIK juga turut menyampaikan Kit Promosi Bulan Wakaf kepada Jabatan, Ketua Jajahan, Ketua Badan Berkanun Negeri/Persekutuan dan Imam Masjid Bandar.

MAIK juga mula mengorak langkah dengan memberikan kebenaran mutawalli kepada agensi-agensi yang berintergriti seperti Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Hasil kerjasama ini  MAIK dan Bank Muamalat telah berjaya membaik pulih bangunan untuk dijadikan Pusat Latihan Muallaf.

Pusat Latihan Muallaf yang terletak di Tumpat diuruskan sendiri oleh MAIK bagi memberi perlindungan dan bimbingan kepada mualaf yang memerlukan. Ternyata ia membawa hikmat sangat besar kepada kumpulan terlibat.

Justeru, sempena Pelancaran Bulan Wakaf MAIK pada hari ini juga telah diadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Wakaf MAIK dengan Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) bagi Projek Wakaf Tunai.

MAIK diwakili Yang Amat Berusaha, Tuan Haji Zulkifle Bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK, sementara USM, Yang Amat Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Bin Mahamd Adikan, Naib Canselornya dan UMK pula ialah  Yang Amat Berbahagia Profesor Dr. Razli Bin Che Razak, Naib Canselor UMK.

Ia telah disaksikan oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan.

Melalui usahasama ini, MAIK telah memberi kuasa mutawalli kepada USM, UMK dan YIK bagi mengutip Wakaf Tunai yang kemudiannya wang tersebut akan digunakan untuk tujuan pendidikan atau kesihatan sebagaimana kuasa diberikan.

MAIK mengharapkan hasil kerjasama ini akan memberikan lebih banyak manfaat kepada umat Islam di Negeri Kelantan.

“𝑺𝑨𝑯𝑨𝑴 𝑨𝑲𝑯𝑰𝑹𝑨𝑻 𝑩𝑬𝑹𝑾𝑨𝑲𝑨𝑭𝑳𝑨𝑯 𝑾𝑨𝑳𝑨𝑼 𝑺𝑬𝑫𝑰𝑲𝑰𝑻”

 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2767
Kelmarin2955
Minggu Ini16228
Bulan Ini86671
Jumlah Pengunjung27553114

A- A A+