faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK JALIN KOLABORASI BERSAMA TWI TECHNOLOGY (S.E.ASIA) SELANGOR BERI PELUANG KEDUA ANAK-ANAK ASNAF MENGUBAH KEHIDUPAN DAN BERJASA UNTUK KELUARGA SERTA KOMUNITI

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menjalinkan kolaborasi bersama TWI Technology (S.E. Asia) di Shah Alam Selangor bagi memberi peluang kedua kepada anak-anak asnaf dari negeri Kelantan yang tidak bernasib baik dalam pendidikan untuk mengubah masa depan mereka dengan menerokai ilmu yang bertaraf antarabangsa secara percuma.

Semalam juga, pihak MAIK yang diketuai YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK, Haji Zulkifle bin Ab Rahman bersama Setiausaha MAIK, Encik Muhamad Rasani bin Ramli dan YBrs. Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, Encik Mohd Izwan Shah bin Dato’ Haji Mohd Aiseri telah mengadakan kunjungan hormat ke TWI Technology (S.E. Asia) di Shah Alam Selangor bagi melakukan perbincangan untuk manfaat anak-anak asnaf Kelantan.

Hadir sama, YBrs. Pegawai Komunikasi Korporat MAIK, Encik Muhamad Firdaus bin Mat Rahim dan YBrs. Pegawai Pembangunan Sosio Ekonomi MAIK, Encik Muhammad Aiman bin Hamat.

Berdasarkan perkongsian pihak TWI Technology yang diwakili oleh YBrs. Timbalan Pengurus Wilayah TWI Technology, Encik Dietmar Kok dan Yang Mulia Pengurus Pembangunan Perniagaan, Dato’ Tengku Fatimah Ainura binti Dato’ Tengku Feissal, memaklumkan bahawa ke semua peserta yang mengikuti kursus di sini, mempunyai keistimewaannya dan lebih membanggakan mereka menjadi buruan para pemain industri kerana kemahiran dipelajari para peserta adalah bertaraf antarabangsa.

Alhamdulillah, pihak MAIK melihat ini adalah peluang  terbaik bagi membantu anak-anak asnaf dari Kelantan untuk berjasa kepada keluarga mereka meskipun pernah melalui episod kegagalan sebelum ini.

Hal ini kerana masa depan mereka terjamin dengan jaminan penempatan pekerjaan dengan gaji lumayan setelah empat bulan menjalani pengajian berkat bimbingan tenaga pengajar dari dalam dan luar negara.

Sebelum ini pada April lalu, pihak MAIK juga telah menawarkan peluang belajar selama empat bulan di TWI Technology menerusi hebahan Media Sosial Rasmi MAIK. Berikutan itu, terdapat 12 calon telah membuat permohonan dan sesi temuduga secara atas talian telah bermula pada hari ini.

TWI menawarkan kursus :

  1. Program Kimpalan Antarabangsa - up to 3G/6G GTAW GMAW SMAW.
  2. Inspektor Kimpalan Visual Tahap 1.
  3. CSWIP UK Pengenalan Pengujian Tanpa Musnah
  4. Lesen NIOSH Oil & Gas Safety Passport (OGSP).
  5. Lesen NIOSH Oil & Gas Safety Passport (OGSP).
  6. CIDB Green Card.
  7. Kelas Bahasa Inggeris.

Jutaan terima kasih juga kepada pembayar zakat dan mereka yang menginfakkan harta kepada MAIK kerana kami dapat membantu anak-anak asnaf di Kelantan untuk kelangsungan hidup mereka. Bahkan lebih penting setelah berjaya mereka dapat berbakti kepada keluarga dan juga seterusnya menyumbang bakti kepada masyarakat.

 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1268
Kelmarin2407
Minggu Ini20159
Bulan Ini1268
Jumlah Pengunjung29305885

A- A A+