faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SERAMAI 55 BILAL SERTAI KURSUS ASAS PENGURUSAN PEGAWAI MASJID MUKIM NEGERI KELANTAN

Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya Kursus Asas Pengurusan Pegawai Masjid Mukim Negeri Kelantan (Bilal) Bilangan 2/2022 yang berlangsung selama tiga hari bermula 12 Mei 2022 lalu.

Program yang memantapkan pengurusan para bilal berkenaan dianjurankan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan dikendalikan oleh Bahagian Pentadbiran Masjid MAIK dengan melibatkan 55 bilal.

Kursus diadakan di Hotel Ridel, Kota Bharu berkenaan dimulakan dengan sesi suaikenal yang dikendalikan oleh YBrs. Encik Ahmad Syazwan bin Muhammad Hassan, Pegawai Hal Ehwal Masjid, MAIK.

Antara modul diberikan penekanan adalah Peranan Imam/ Pegawai Masjid yang telah sampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Muhammad Hana Pizi bin Abdullah, Imam Besar Negeri Kelantan dan juga Bengkel Al-Quran dan Azan yang dibimbing oleh enam ustaz terpilih.

Selain itu, turut diberikan perhatian kepada para bilal adalah Kebersihan dan Keceriaan Masjid yang telah dikupas oleh Al-Fadhil Ustaz Rosli bin Che Soh, Pegawai Hal Ehwal Imarah Masjid, MAIK.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Muhammad Hana Pizi bin Abdullah, Imam Besar Negeri Kelantan. Semoga pengisian yang telah disusun atur selama tiga hari itu membawa manfaat bersama kepada para bilal dan juga pengurusan masjid mukim serta masyarakat di kawasan masing-masing. InsyaALLAH.

 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini958
Kelmarin2407
Minggu Ini19849
Bulan Ini958
Jumlah Pengunjung29305575

A- A A+