faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK LAHIRKAN 31 ORANG LAGI HUFFAZ, BANGGAKAN IBU BAPA DAN PARA GURU

Alhamdulillah, kali ini seramai 31 lagi para tahfiz dan penghafal Al-Quran, kalam suci ALLAH SWT telah dilahirkan di bawah bimbingan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Kesemua mereka ini adalah pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK, yang mana telah berjaya menamatkan pengajian dan hafazan 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh tiga tahun dan ada diantaranya lebih awal berjaya menghafalnya. Subhanallah.

Individu yang paling gembira dan bersyukur atas kejayaan yang dicapai oleh anak didik ini sudah tentunya guru Al-Quran mereka.

Kesemua ini telah mendapat didikan dan tunjuk ajar daripada AF. Ustaz Mohd Syahrir Muhaimi bin Ismail Al-Hafiz; AF. Tuan Haji Asmazawawi bin Mohamed Al-Hafiz dan AF. Ustaz Wan Mohd Khalil bin Wan Hussin Al-Hafiz... Semoga insan mulia ini mendapat pahala yang sentiasa mengalir.

Di atas kemenjadian bimbingan tersebut, para pelajar semester enam ini telah menaikkan nama MTQ MAIK dengan menjadi satu-satunya Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) yang mendapat keputusan bersih tanpa ulangan dalam keputusan peperiksaan akhir baru-baru ini.

Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis penganugerahan sempena Program Ihya’ Ramadan dan Majlis Khatam Al-Quran MTQ MAIK untuk pelajar semester 6 di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Jubli Perak, Panji.

Pada majlis itu juga, YB. SS. Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Maahad Tahfiz MAIK telah menyampaikan Anugerah Khas kepada adik Muhamad Arif Asyraf bin Mohd Noor.

Majlis berkenaan turut dihadiri, AF. Haji Murtadha bin Abdullah, Ketua Pegawai Agama MAIK dan AF. Ustaz Mohd Sukeri bin Mohd Nor, Mudir MTQ MAIK.

Memetik amanat YB.SS. Dato’ Mufti Negeri Kelantan semasa ucapan perasmian majlis tersebut, bagi beliau kesemua mereka yang dilahirkan ini diibaratkan insan berlian. Mereka ini adalah harta untuk agama dan tegas beliau juga, menghafal Al-Quran bukanlah satu perkara yang mudah.

Justeru beliau juga menasihatkan para ibu bapa untuk sentiasa mendoakan kecemerlangan anak-anak. Doa seorang ibu adalah senjata bagi kejayaan anak-anak untuk cemerlang di dunia dan akhirat.

“𝑺𝒆𝒃𝒂𝒊𝒌-𝒃𝒂𝒊𝒌 𝒌𝒂𝒎𝒖 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒆𝒍𝒂𝒋𝒂𝒓𝒊 𝑨𝒍-𝑸𝒖𝒓𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒂𝒋𝒂𝒓𝒌𝒂𝒏𝒏𝒚𝒂” (𝑹𝒊𝒘𝒂𝒚𝒂𝒕 𝒂𝒍-𝑩𝒖𝒌𝒉𝒂𝒓𝒊).

Hadith ini menjadi panduan dan matlamat kami di sini untuk melahirkan generasi huffaz yang cemerlang lagi berwibwa dan seterusnya gigih menabur bakti dalam mendidikan anak bangsa.

Tahniah kepada semua pelajar, para pembimbing dan juga ibu bapa di atas kejayaan insan mulia ini.

 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini412
Kelmarin3045
Minggu Ini3457
Bulan Ini3457
Jumlah Pengunjung29308074

A- A A+