faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MULTAQA MURABBI UMMAH PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2022 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

Alhamdulillah telah berlangsung dengan sempurnanya program Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Kelantan 2022 yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Program berkenaan berlangsung di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji dan turut diserikan dengan keberangkatan Yang Mulia Tunku Pun Sri Dato' Hajjah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong Kelantan.

Majlis yang berlangsung pada 17 April 2022 tersebut turut dihadiri dengan kehadiran Yang Berhormat Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama isteri.

Pada program sama, Yang Berhormat Menteri turut mempersembahkan Cek Cura Peruntukan Kewangan Kepada Imam, Bilal, Siak, Guru Takmir dan Guru KAFA Negeri Kelantan Tahun 2022 bernilai lebih 95 juta kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Yang Dipertua MAIK.

Selain itu, Yang Berhormat Menteri juga mempersembahkan Cek Cura Peruntukan Rumah Myhaus Sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama JAWHAR dan MAIK berjumlah RM105 ribu.

Majlis turut dihadiri Yang Berhormat, Datuk Marzuk bin Shaary dan Yang Amat Berusaha, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Zulkifle Ab Rahman.

MAIK menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di atas sumbangan yang diberikan ini.

 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini284
Kelmarin3045
Minggu Ini3329
Bulan Ini3329
Jumlah Pengunjung29307946

A- A A+