faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK RAI MEDIA, NGO, PERTUBUHAN DAN AGENSI YANG SENTIASA MEMBERIKAN SOKONGAN

Selain kerja kuat yang dilaksanakan oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), kami sesekali tidak mengenepikan peranan badan bukan kerajaan, pertubuhan dan juga agensi-agensi tertentu termasuk media dalam membantu rakyat di seluruh Kelantan.

Sama-sama berganding bahu dan bergerak seiring untuk meringankan kesulitan hidup rakyat dalam pelbagai perkara termasuk juga bantuan yang disalurkan kepada institusi pendidikan ia sebenarnya menyentuh rapat mengenai keperluan rakyat.

Alhamdulillah, sempena Majlis Sidang Media Laporan Khas Terimaan dan Perbelanjaan MAIK Bagi Tahun 2021 yang diadakan semalam di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu pihak MAIK telah menyampaikan sumbangan berjumlah lebih RM 3 juta kepada 17 pihak yang terlibat untuk tahun 2022.

Pada majlis sama Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK turut mengurniakan penghargaan kepada pengamal media di negeri Kelantan yang selama ini telah banyak memberikan sokongan kepada MAIK.

Majlis berkenaan turut dihadiri Yang Amat Berusaha Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan, dan Yang Amat Arif Dato’ Haji Abu Bakar bin Abdullah Kutty, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan.

Turut hadir, Yang Berhormat Dato’ Haji Che Mohd Rahim bin Haji Jusoh, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Yang Berbahagia Professor Emeritus Dato' Ir. Dr. Zainai bin Mohamed, Ahli Majlis MAIK dan Yang Berbahagia Dato’ Haji Jaafar Bin Ismail, Ahli Majlis MAIK.

Semoga gandingan kerjasama yang terjalin antara MAIK dan semua pihak ini dapat membawa manfaat kepada rakyat terutamanya dalam memberikan sinar kebahagiaan kepada insan memerlukan.

MAIK mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terus memberikan sokongan kepada kami untuk menjalankan amanah yang diberikan kepada pembayar zakat dan penyumbang.

#MAIK2022 

#KelabMediaKelantanDarulNaim

#terimakasihpembayarzakat

flickr

www.flickr.com

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini3456
Kelmarin3013
Minggu Ini9514
Bulan Ini9514
Jumlah Pengunjung29314131

A- A A+