faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK PERUNTUK LEBIH RM170 JUTA BANTU GOLONGAN ASNAF SEPANJANG TAHUN 2021

Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), semalam telah berkenan membentangkan Buku Laporan Khas Terimaan dan Perbelanjaan MAIK Bagi Tahun 2021.

Pembentangan laporan khas ini telah menjadi rutin tahunan dan tanggungjawab sosial MAIK kepada masyarakat di samping menjadi kayu ukur kepada agenda Pelan Strategik MAIK 2020-2030. Pelan tersebut sebagaimana yang diumumkan Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan pada majlis berkenaan ia menjadi pemandu arah kepada perjalanan MAIK sepanjang 10 tahun ini dengan gagasan besar yang digariskan bagi menghakupaya dan memperkasakan lagi institusi agama yang terulung di Kelantan.

Untuk makluman semua, sepanjang tahun lalu, MAIK telah membelanjakan wang zakat sebanyak RM170,747,671 berbanding tahun 2020 yang berjumlah RM185,594,006 dengan pengurangan sebanyak 8 peratus (%).

Pada majlis yang berlangsung di The Grand Renai Hotel, di Kota Bharu itu juga, Yang Berhormat Mulia Tengku Yang Dipertua MAIK turut berkenan mengumumkan perbelanjaan Program Asnaf Fakir dan Miskin telah mencatatkan pecahan terbesar yang mana sejumlah RM76,044,166 diagihkan sepanjang tahun lalu.

Majlis berkenaan turut dihadiri, Yang Amat Berusaha Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan, dan Yang Amat Arif Dato’ Haji Abu Bakar bin Abdullah Kutty, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan.

Turut hadir, Yang Berhormat Dato’ Haji Che Mohd Rahim bin Haji Jusoh, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Yang Berbahagia Professor Emeritus Dato' Ir. Dr. Zainai bin Mohamed, Ahli Majlis MAIK dan Yang Berbahagia Dato’ Haji Jaafar Bin Ismail, Ahli Majlis MAIK.

MAIK telah membelanjakan sejumlah RM7,184,253 sepanjang tahun lalu untuk Bantuan Am yang diberikan sekali setahun untuk sara diri, kecemasan dan lain-lain keperluan. Dalam pada itu, segmen kedua terbesar agihan MAIK pula adalah membabitkan Asnaf Fisabilillah yang mana RM 61,724,675 telah dibelanjakan melibatkan lima program utama, iaitu Pelbagai Agihan Zakat, Pendidikan, Penerbitan, Tahfiz dan Pengurusan, Pengimarahan dan Pembangunan Masjid.

Pada majlis sama, Yang Berhormat Mulia Tengku Yang Dipertua MAIK, turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pembayar zakat, penyumbang baitulmal, pewakaf dan mereka yang sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab beragama melalui pihak MAIK.

Sesungguhnya kita yakin dan percaya terhadap firman ALLAH Ta’ala dalam surah Al-Baqarah, ayat 261 yang bermaksud:

“𝑩𝒂𝒏𝒅𝒊𝒏𝒈𝒂𝒏 (𝒅𝒆𝒓𝒎𝒂) 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒍𝒂𝒏𝒋𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒓𝒕𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒋𝒂𝒍𝒂𝒏 𝒂𝒍𝒍𝒂𝒉, 𝒊𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒔𝒂𝒎𝒂 𝒔𝒆𝒑𝒆𝒓𝒕𝒊 𝒔𝒆𝒃𝒊𝒋𝒊 𝒃𝒆𝒏𝒊𝒉 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒖𝒎𝒃𝒖𝒉 𝒎𝒆𝒏𝒆𝒓𝒃𝒊𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒕𝒖𝒋𝒖𝒉 𝒕𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒊, 𝒕𝒊𝒂𝒑-𝒕𝒊𝒂𝒑 𝒕𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒊 𝒊𝒕𝒖 𝒑𝒖𝒍𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏𝒅𝒖𝒏𝒈𝒊 𝒔𝒆𝒓𝒂𝒕𝒖𝒔 𝒃𝒊𝒋𝒊. 𝒅𝒂𝒏 (𝑰𝒏𝒈𝒂𝒕𝒍𝒂𝒉), 𝑨𝑳𝑳𝑨𝑯 𝒎𝒆𝒍𝒊𝒑𝒂𝒕𝒈𝒂𝒏𝒅𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒂𝒉𝒂𝒍𝒂 𝒃𝒂𝒈𝒊 𝒔𝒆𝒔𝒊𝒂𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒌𝒆𝒉𝒆𝒏𝒅𝒂𝒌𝒊-𝒏𝒚𝒂, 𝒅𝒂𝒏 𝒂𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒂𝒉𝒂 𝒍𝒖𝒂𝒔 (𝒓𝒂𝒉𝒎𝒂𝒕) 𝒌𝒖𝒓𝒏𝒊𝒂-𝑵𝒚𝒂, 𝒍𝒂𝒈𝒊 𝒎𝒆𝒍𝒊𝒑𝒖𝒕𝒊 𝒊𝒍𝒎𝒖 𝒑𝒆𝒏𝒈𝒆𝒕𝒂𝒉𝒖𝒂𝒏-𝑵𝒚𝒂.”

Untuk makluman bersama, sesuai dengan tuntutan semasa, pihak MAIK juga pada masjlis sama telah melancarkan Sistem e-Agihan yang mana ianya merupakan sistem permohonan bantuan secara atas talian bagi menggantikan sistem permohonan menggunakan borang (manual).

𝑻𝑬𝑹𝑰𝑴𝑨 𝑲𝑨𝑺𝑰𝑯 𝑷𝑬𝑴𝑩𝑨𝒀𝑨𝑹 𝒁𝑨𝑲𝑨𝑻. 𝑨𝑵𝑫𝑨 𝑯𝑬𝑹𝑶 𝑨𝑺𝑵𝑨𝑭!'

 

 

flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini3128
Kelmarin3013
Minggu Ini9186
Bulan Ini9186
Jumlah Pengunjung29313803

A- A A+