faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK TERIMA ZAKAT PERNIAGAAN BERNILAI RM1,160,932.69 DARI MAYBANK ISLAMIC BERHAD

Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada 1 Ogos 2022 berkenan menerima persembahan cek zakat perniagaan daripada Maybank Islamic Berhad.

Cek Zakat Perniagaan tahun 2021 yang berjumlah RM1,160,932.69 itu diserahkan oleh Yang Berbahagia Dato' Mohamed Rafique Merican, Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic.

Penyerahan berkenaan diadakan di Rumah Sri Kelantan, Putrajaya yang turut disertai AF. Ustaz Munawwaruzzaman Mahmud, Ketua Pengurusan Shariah, Maybank Islamic Berhad dan Yang Berusaha Encik Ahmad Farid Qoureshmi Md Daud, Pengarah Serantau Pahang, Kelantan dan Terengganu Maybank.

Maybank turut diwakili Yang Berusaha Encik Azzady Jamaluddin, Ketua Perbankan Komuniti Maybank Islamic Berhad, Yang Berusaha Encik Wan Shahrizal Wan Ahmad Nazri Pengarah Negeri-negeri dan Kerajaan Tempatan, Liputan Pelanggan Maybank; bersama Yang Berusaha Encik Muhammad Andri Abdullah Zawawi, Ketua Pengurusan Waqf & Zakat Maybank Islamic Berhad; serta Yang Berusaha Puan Nora'shikin Md Tap

Pengurus Cawangan Maybank Kota Bharu.

Majlis berkenaan juga telah dihadiri Yang Amat Berusaha Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK dan Yang Berusaha Encik Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK.

Hadir sama, Yang Berusaha Encik Mohd Izwan Shah bin Dato' Mohd Aiseri, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, Al-Fadhil Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Baitulmal MAIK serta Al-Fadhil Ustaz Ameer Azeezy bin Tuan Abdullah, Ketua Pegawai Zakat MAIK.

“Ya ALLAH Ya Tuhan kami, kurniakanlah pembalasan yang terbaik kepada Maybank Islamic Berhad selaku pembayar zakat MAIK pada hari ini.”

“Sucikanlah harta dan rezeki mereka, berkatilah keluarga mereka, kurniakanlah keuntungan berganda kepada pekerjaan dan perniagaan mereka, kurniakanlah kesenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan mereka di dunia dan di akhirat nanti.”

Amin Ya Rabbal Alamin.

Kira Zakat Anda:

Kalkulator Zakat MAIK

Potongan Zakat Bulanan:

https://eptg.e-maik.my/

Jom Berwakaf Walau Sedikit:

http://waqaftunai.e-maik.my/
flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2117
Kelmarin2674
Minggu Ini9822
Bulan Ini80265
Jumlah Pengunjung27546708

A- A A+