faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI HPUniSZA DI RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM DARUL AITAM

Pada 29 Julai 2022 lalu, Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA) telah mengadakan Program Komuniti Orphanage & Veterean Health Day Hospital Pengajar ke Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Darul Aitam Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Program berkenaan berlangsung dengan meriahnya di Dewan Tengku Kaya Pahlawan Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji.

Program ini telah melibatkan semua penghuni Darul Aitam MAIK, kakitangan Darul Aitam dan juga KIJPSIP.

Tujuan utama program ini diaadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran penghuni dan kakitangan KIJPSIP berhubung kesihatan diri.

Dewan Tengku Kaya Pahlawan yang terletak di Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji, Pengkalan Chepa ini dibina di atas tanah wakaf seluas 11.969 ekar diwakafkan oleh al-Marhum Tengku Kaya Pahlawan pada 29 Safar 1340 Hijrah bagi 1/10 adalah untuk tujuan kebajikan.

Bersempena dengan Bulan Wakaf Kelantan yang dilancarkan, pihak MAIK menyeru orang ramai terutamanya rakyat negeri Kelantan untuk menyokong dan menyertai usaha dalam meningkatkan aktiviti wakaf ini. Berwakaflah, ganjaran pahala yang berterusan meskipun pewakafnya sudah meninggal dunia.

Untuk maklumat lanjut, layari waqaftunai.e-maik.my atau hubungi +609 748 1512Β 

β€œπ‘Ίπ’‚π’‰π’‚π’Ž π‘¨π’Œπ’‰π’Šπ’“π’‚π’•, π‘©π’†π’“π’˜π’‚π’Œπ’‚π’‡π’π’‚π’‰ 𝑾𝒂𝒍𝒂𝒖 π‘Ίπ’†π’…π’Šπ’Œπ’Šπ’•β€

Β 

flickr

www.flickr.com

Β 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1875
Kelmarin2674
Minggu Ini9580
Bulan Ini80023
Jumlah Pengunjung27546466

A- A A+