faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PELANCARAN KELAB RIYADHI DAN PEMBANGUNAN BAKAT MTQ MAIK

Pada 06 September 2022, Maahad Tahfiz al-Quran (MAIK) mengorak satu langkah lagi ke hadapan melalui pelancaran Kelab Sukan Dan Pembangunan Bakat. Majlis perasmian dan pelancaran kelab ini telah diadakan di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan KIJPSIP yang disempurnakan oleh YBrs. Imam Besar Negeri Kelantan, AF. Us Hj Mohd Hanapizi Bin Abdullah mewakili YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK, Tuan Hj Zulkefli Bin Ab Rahman. Melalui ucapannya, beliau berharap para pelajar akan menjadikan kelab ini sebagai platform untuk mengasah bakat dalam acara sukan dan kebolehan semulajadi yang diminati.

Majlis ini diserikan dengan persembahan nasyid, pidato dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab serta lakonan temubual kewartawanan oleh para pelajar MTQ MAIK. Melalui kelab ini bakat para pelajar akan digilap supaya menjadi huffaz yang serba boleh dan mampu mendepani cabaran apabila bergelar graduan kelak.

Diharap objektif kelab untuk melahirkan pelajar yang seimbang emosi, jasmani dan intelek akan tercapai dan seterusnya sentiasa bersedia menyumbang khidmat dan bakti kepada ummat dan masyarakat.

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2637
Kelmarin2801
Minggu Ini13143
Bulan Ini83586
Jumlah Pengunjung27550029

A- A A+