faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TIGA PENGHUNI DARUL AITAM MAIK TERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN

Tiga penghuni Darul Aitam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) juga pelajar Sekolah Menengah Ugama Darul Anuar Pulau Melaka telah menerima anugerah kecemerlangan dalam pelajaran bagi tahun 2021. Mereka ialah:

  1. Wan Muhamad Afiq Bin Wan Abduulah - ( Tingkatan 1 ),
  2. Muhamad Syafiq Amirul Bin Muhamad Azmi -(Tingkatan 3)
  3. Muhamad Haris Daniel Bin Ab.Rahman - (Tingkatan 4-SMU)

Pengiktirafan tersebut diberikan pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sempena Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sekolah Menengah Ugama Darul Anuar (SMUDA) Pulau Melaka pada 27 Ogos lalu yang berlangsung di sekolah berkenaan.

Majlis penyampaian hadiah untuk kecemerlangan bagi Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Wan Maidi bin Wan Daud, Timbalan Yang Dipertua PIBG SMUDA.

Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) dan SPM telah disampaikan oleh Wakil Menteri Alam Sekitar dan Air, Dr. Moha Zuhdi Bin Marzuki juga Setiausaha Politik Menteri Alam Sekitar dan Air.

Tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga pelajar yang menerima anugerah tersebut. Didoakan semoga mereka teruskan usaha dan memperoleh kejayaan di dunia serta akhirat.


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2882
Kelmarin2801
Minggu Ini13388
Bulan Ini83831
Jumlah Pengunjung27550274

A- A A+