faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MASJID AL-FALAH WAKAF SIKU KOTA BHARU TERIMA SUMBANGAN WAKAF MAIK BERJUMLAH LEBIH RM32 RIBU

Masjid Al-Falah Wakaf Siku, Kota Bharu telah menerima sumbangan wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bernilai RM32,360 hasil daripada hartanah yang diwakafkan oleh Hajah Embong binti Che Mamat.

Sumbangan kewangan berkenaan adalah melibatkan kerja-kerja menaiktaraf infrastruktur iaitu pemasangan alat siaraya, alat penghawa dingin dan juga kerja-kerja membuka lantai jubin lama serta menggantikan lantai konkrik baharu.

Peruntukan wang wakaf tersebut juga merangkumi bayaran elaun kepada ahlijawatankuasa masjid selama setahun.

Penyerahan replika cek telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Shakirah binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK kepada YBrs. Dr Fathi bin Haji Abdullah, Pengerusi Masjid Al-Falah Wakaf Siku, Kota Bharu yang diadakan di MAIK.

Hadir sama, YBrs. Encik Ahmad Rozman bin Ismail, Setiausaha Masjid Al-Falah Wakaf Siku, Kota Bharu dan YBrs. Puan Siti Nurhidayu Binti Othman, Penolong Pegawai Wakaf, MAIK.

YA ALLAH Ya Tuhanku betapa besarnya ganjaran pahala yang diperoleh oleh pewakaf yang mewakafkan harta benda mereka ke arah kebaikan. Pahala yang diterima oleh para pewakaf ini sentiasa mengalir meski pun mereka sudah meninggal dunia.

 “𝑫𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝑨𝒃𝒖 𝑯𝒖𝒓𝒂𝒊𝒓𝒂𝒉 𝒓.𝒂 𝒃𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂 𝑹𝒂𝒔𝒖𝒍𝒖𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒔.𝒂.𝒘. 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒂𝒃𝒅𝒂: 𝑨𝒑𝒂𝒃𝒊𝒍𝒂 𝒔𝒆𝒔𝒆𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒊𝒕𝒖 𝒎𝒆𝒏𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂𝒍 𝒅𝒖𝒏𝒊𝒂, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒕𝒆𝒓𝒑𝒖𝒕𝒖𝒔𝒍𝒂𝒉 𝒂𝒎𝒂𝒍𝒂𝒏𝒏𝒚𝒂 𝒌𝒆𝒄𝒖𝒂𝒍𝒊 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝒕𝒊𝒈𝒂 𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒓𝒂 𝒊𝒂𝒊𝒕𝒖 𝒔𝒆𝒅𝒆𝒌𝒂𝒉 𝒋𝒂𝒓𝒊𝒂𝒉, 𝒊𝒍𝒎𝒖 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒎𝒂𝒏𝒇𝒂𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒂𝒏𝒂𝒌 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒎𝒆𝒏𝒅𝒐𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌𝒏𝒚𝒂.” (𝑹𝒊𝒘𝒂𝒚𝒂𝒕 𝑴𝒖𝒔𝒍𝒊𝒎)

 “𝐒𝐀𝐇𝐀𝐌 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑𝐀𝐓, 𝐁𝐄𝐑𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅𝐋𝐀𝐇 𝐖𝐀𝐋𝐀𝐔𝐏𝐔𝐍 𝐒𝐄𝐃𝐈𝐊𝐈𝐓”

Jom...Sama-samalahlah kita merebut peluang untuk berwakaf bersama-sama dengan MAIK dengan klik pada pautan disediakan di bawah:

https://waqaftunai.e-maik.my/

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1877
Kelmarin2407
Minggu Ini20768
Bulan Ini1877
Jumlah Pengunjung29306494

A- A A+