faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYAMPAIAN WANG FIDYAH MAIK DAN AGIHAN DAGING KEPADA ASNAF FAKIR MISKIN DI TUMPAT

Alhamdulillah, telah berlangsungnya program penyampaian wang fidyah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan agihan daging kepada golongan asnaf fakir miskin di Masjid Ismaili Bandar Tumpat. Program sekitar jam 7.30 pagi itu bermula dengan menyembelih lembu secara bergotong-royong. Alhamdulillah kira-kira 100 orang asnaf sekitar bandar Tumpat mendapat manfaat daripada program yang dianjurkan ini. Selain menerima daging yang segar, para penerima sumbangan juga turut mendapat hadiah cabutan bertuah.

Program ini telah disempurnakan dengan jayanya oleh YABrs. Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, Ketua Jajahan Tumpat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Masjid Ismaili Bandar Tumpat dan turut disertai oleh Al-Fadhil Ustaz Fathul Hakim bin Kamarul Zaman, Imam Tua Masjid Ismaili Bandar Tumpat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan Masjid Ismaili Bandar Tumpat di atas kecaknaan dan kerjasama dalam menjayakan program yang berakhir sekitar jam 12 tengah hari ini.

Ucapan jutaan terima kasih MAIK ucapkan kepada para penyumbang di atas sumbangan dan infaq yang telah diberikan. Semoga ALLAH SWT menerima amal kebajikan kita semua. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Kira Zakat Anda:

Kalkulator Zakat MAIK

Potongan Zakat Bulanan:

http://eptg.e-maik.my/

Wakaf Tunai:

http://wakaftunai.e-maik.my

Bayar Zakat, Harta Berkat!

Layari Portal Rasmi www.e-maik.my untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa Follow, Like dan Share :

- Instagram: https://www.instagram.com/maikkelantan

- Facebook: Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan

 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2176
Kelmarin2407
Minggu Ini21067
Bulan Ini2176
Jumlah Pengunjung29306793

A- A A+