faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PERASMIAN BENGKEL PENYEDIAAN PELAN STRATEGIK KESEJAHTERAAN MASYARAKAT ORANG ASLI NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 2023 SEHINGGA 2028

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan Bengkel Penyediaan Pelan Strategik Kesejahteraan Masyarakat Orang Asli Negeri Kelantan Bagi Tahun 2023 Sehingga 2028.

Pelaksanaan bengkel ini adalah kesinambungan bengkel brainstorming penyelarasan dakwah Orang Asli antara agensi kerajaan, institut pengajian tinggi dan pertubuhan bukan kerajaan yang dilaksanakan oleh MAIK pada 2019 dalam memastikan segala program dan agenda dakwah yang dirancang dapat dilaksanakan secara lebih teratur, bersepadu serta  berkesan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz juga Yang Dipertua MAIK pada 14 Julai 2022 di Hotel Copthorne, Cameron Highlands.

Majlis turut dihadiri Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong Kelantan.

Hadir sama, Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan,  YAA Tuan Haji Ibrahim bin Deris, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan dan Yang Berhormat Senator Dr Wan Martina binti Wan Yusoff dan  Yang Berbahagia Prof Madya Dr Sahar Sadi dari UniSZA.

Pada program sama turut diadakan Majlis Menandatangani Perjanjian MoU antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan MAIK.

MAIK diwakili Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua dan disaksikan Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan, sementara pihak UKM diwakili Yang Berbahagia Prof Dato' Dr Wan Kamal Mujani, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UKM dan disaksikan Yang Berbahagia Prof Madya Dr Ahmad Sunawari Long, Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM.

Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz juga turut menzahirkan bahawa ini menunjukkan keseriusan dan kecaknaan MAIK dalam meningkatkan kualiti dan kehidupan masyarakat Orang Asli.

Pelaksanaan pelan strategik ini akan memberi manfaat sangat besar dalam memastikan pembangunan lima kluster iaitu Kluster Pendidikan, Kluster Tadbir Urus, Kluster Latihan dan Kepimpinan, Kluster Pembangunan Sosio Ekonomi dan Infra serta Kluster Program-Program Am Dakwah dapat dilaksanakan dengan lancar juga berkesan.

Justeru satu bengkel penyediaan pelan strategik telah dilaksanakan di Pahang pada 15  hingga 16 Julai 2022 membabitkan 64 peserta diwakili agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi dan pelbagai pihak yang berkaitan dengan hal ehwal Orang Asli.

Inisiatif-inisiatif penting dibincangkan bersama sepanjang dua hari menerusi bengel ini diharapkan dapat memberi banyak input berguna untuk melonjakkan pembangunan Orang Asli dalam segenap aspek dan bidang.

Lonjakkan berkenaan adalah yang selaras dengan intipati teras utama MAIK, merangkumi pembangunan dan pelaksanaan dakwah serta pembangunan umat yang efektif.

Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz turut menegaskan bahawa MAIK sentiasa mengambil berat berhubung kebajikan Orang Asli negeri Kelantan.

Pihak MAIK turut menyalurkan bantuan pendidikan kepada pelajar Orang Asli yang berpotensi untuk melanjutkan pelajaran, bantuan kepada warga emas dan pelbagai lagi bantuan kecemasan lain menerusi peruntukan telah disediakan.

Secara keseluruhannya, MAIK tidak hanya menumpukan kepada kebajikan masyarakat Orang Asli semata-mata tetapi turut menyokong penuh setiap aktiviti dijalankan oleh mana-mana pihak yang boleh memperkasa dan memberi nilai tambah kepada komuniti ini.

Selain itu, pada majlis sama juga turut ditayangkan demo Pembangunan Sistem Profil Komuniti dan Pemetaan Orang Asli  yang dibangunkan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu.

Majlis penutup pada 16 Julai 2022 telah disempurnakan oleh Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK.

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1519
Kelmarin2801
Minggu Ini12025
Bulan Ini82468
Jumlah Pengunjung27548911

A- A A+