faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SEKITAR HARI BERTEMU PELANGGAN UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (PSM) MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK)

Unit Pengurusan Sumber Manusia (PSM) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan program Hari Bertemu Pelanggan Unit PSM bersama warga kerja MAIK yang berlangsung selama empat hari bermula 7 Ogos hingga 10 Ogos 2022 di Dewan Tok Kenali, Aras 2, MAIK.

Program Hari Bertemu Pelanggan ini bertemakan “Data Kita Tanggungjawab Kita” yang julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK dan merupakan cetusan idea beliau sendiri.

Majlis turut dihadiri, Ketua-ketua Bahagian, pegawai-pegawai kanan serta Imam-imam Tua Masjid Bandar dan Jajahan seluruh negeri Kelantan.

Program tersebut diadakan untuk memberi peluang kepada 421 orang pegawai dan kakitangan MAIK membuat semakan perkhidmatan dan mengemaskini Data HRMIS di samping melakukan kiraan zakat pendapatan termasuklah saringan kesihatan minda.

Sepanjang empat hari program berlangsung, pihak penganjur telah menyediakan kaunter Buku Servis, Semakan Data HRMIS, Klinik HRMIS, Pengiraan Zakat Pendapatan dan Kaunter Saringan Minda Sihat.

Ternyata program yang dianjurkan kali ini memberi manfaat kepada semua warga MAIK dan diharapkan ia dapat diteruskan secara berkala pada masa akan datang.

Sebagaimana sedia maklum, buku perkhidmatan merekodkan maklumat peribadi dan perkhidmatan pegawai bermula tarikh dilantik sehingga perkhidmatan berakhir sama ada disebabkan oleh persaraan, meninggal dunia, dibuang kerja, meletak jawatan atau ditamatkan perkhidmatan. Ia perlu diuruskan dengan baik, teratur dan sentiasa dikemaskini.

#MAIK2022
flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2109
Kelmarin2674
Minggu Ini9814
Bulan Ini80257
Jumlah Pengunjung27546700

A- A A+