faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SERAMAI 100 ASNAF, FAKIR DAN MISKIN DI PASIR PUTEH BERSYUKUR TERIMA KURNIAAN ZAKAT DARIPADA YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN

Seramai 100 asnaf, fakir dan miskin sekitar  Pasir Puteh bersyukur menerima kurniaan zakat daripada Yang Teramat Mulia, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra.

Bantuan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) berjumlah RM30 ribu itu berlangsung di pekarangan kediaman rasmi Yang Amat Berusaha, Haji Ahmad Adlee bin Yasin, Ketua Jajahan Pasir Puteh.

Majlis turut disertai Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang  Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bersama Yang Berhormat, Wan Hassan bin Wan Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak.

Seorang penerima, Nor Hisham bon Azhari,45, menjunjung kasih atas kurniaan zakat tersebut kerana ia amat bermakna buatnya ketika mana dirinya kini tidak mampu bekerja akibat hilang penglihatan. Mata kiri tidak dapat melihat sejak enam tahun lalu akibat ketumbuhan pada otak, sementara mata kanannya kini semakin rabun.

Isterinya tidak boleh bekerja kerana perlu menguruskan dirinya yang kerap menjalani rawatan.  Luahnya, duit zakat ini boleh menampung persekolahan dua anak berusia 8 dan 11 tahun.

Sementara seorang lagi penerima, Nor Ashikin binti Abdul Latif, juga ibu tunggal anak satu sangat terharu dengan kurniaan zakat tersebut kerana dia bergantung kepada sumbangan orang ramai untuk menyara diri bersama anak perempuannya berusia 5 tahun yang menghidap Ekzima.

Lihatlah betapa bermaknanya zakat anda di luar sana. Berapa ramai insan yang memerlukan dapat menikmati kegembiraan dan meneruskan kehidupan mereka dengan harta yang diinfakkan menerusi MAIK.

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2712
Kelmarin2674
Minggu Ini10417
Bulan Ini80860
Jumlah Pengunjung27547303

A- A A+