faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK TERIMA SEBANYAK RM 1,871,935 ZAKAT PERNIAGAAN TAHUN 2021 DARIPADA FGV HOLDINGS BERHAD

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), pada semalam bersamaan 1 Ogos 2022 telah menerima pembayaran zakat perniagaan bagi tahun 2021 berjumlah RM 1,871,935 daripada FGV Holdings Berhad.

Zakat perniagaan tersebut disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Sarian bin Md Sahid, Pengarah Bahagian Sektor Peladangan Kumpulan FGV Holdings Berhad kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK.

Persembahan cek zakat tersebut berlangsung di Rumah Sri Kelantan turut dihadiri Yang Berusaha Encik Ilyas Helmi Mohd Yusof, Pengurus Hal Ehwal Islam & Kebajikan FGV Holdings Berhad.

Turut hadir sama, Yang Amat Berusaha Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK dan Yang Berusaha Encik Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK.

Majlis turut dihadiri Yang Berusaha Encik Mohd Izwan Shah bin Dato' Mohd Aiseri, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, Al-Fadhil Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Baitulmal MAIK serta Al-Fadhil Ustaz Ameer Azeezy bin Tuan Abdullah, Ketua Pegawai Zakat MAIK.

"Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah pembalasan yang  terbaik kepada para pembayar zakat MAIK pada hari ini, khususnya kepada FGV Holdings Berhad.

Sucikanlah dan berkatilah harta dan rezeki mereka, keluarga mereka, kurniakanlah keuntungan berganda kepada perniagaan mereka, serta kabulkanlah amal ibadah mereka agar setiap daripada mereka beroleh kesenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat," Amin Ya Rabbal Alamin.

MAIK juga ada menyediakan bayaran zakat menerusi potongan gaji. Anda boleh klik di sini:

https://eptg.e-maik.my/

Layari Portal Rasmi www.e-maik.my

Jangan lupa Follow, Like dan Share :

- Instagram: https://www.instagram.com/maikkelantan

- Facebook: Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan

#MAIK2022

#zakatmaik

#terimakasihpembayarzakat

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini114
Kelmarin2801
Minggu Ini10620
Bulan Ini81063
Jumlah Pengunjung27547506

A- A A+