faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TEMUDUGA KEMASUKAN KE RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM DARUL AITAM MAIK TAHUN 2022

Rumah Kebajikan Darul Aitam, MAIK menerima sebanyak 7 orang calon permohonan baharu untuk kemasukan tahun 2022 terdiri daripada 3 orang calon putera dan 4 orang calon puteri. Temuduga telah diadakan pada 12 Januari 2022 bersamaan 09 JamadilAkhir 1443H bertempat di Bilik Mesyuarat Blok Pentadbiran Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra.

Panel pemilihan calon untuk kemasukan tahun 2022 ialah YABrs.Timbalan Yang Dipertua MAIK, YABrs. Tuan Setiausaha MAIK, YB. Sahibul Fadhilah Dato’ Timbalan Mufti Negeri Kelantan, YABrs. Tuan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, YS. Mejar Mohd Noor Bin Hussin(B), YBrs. Pengurus KIJPSIP, MAIK dan YM. Juruaudit Dalam, MAIK. Temuduga Penghuni Darul Aitam, MAIK diselaraskan dengan sempurna supaya program yang dilaksanakan berjalan dengan  lancar.

flickr

www.flickr.com

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini233
Kelmarin3366
Minggu Ini13197
Bulan Ini13197
Jumlah Pengunjung29317814

A- A A+