faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TERIMA KASIH TOK IMAM

Imam Tua Masjid Tengku Muhammad Faris Petra Bandar Kuala Krai, Al-Fadhil ustaz Armin Azahari bin Mamat beberapa hari lalu telah menggembirakan hati seorang ibu yang sukar untuk berjalan dengan sendirinya kerana masalah kesihatan.

 

Beberapa hari lalu, seorang lelaki dari Kampung Peria, dekat Kuala Kari telah datang menemui Al-Fadhil ustaz Armin Azahari bin Mamat dan menceritakan hajat besarnya demi ibunda tercintanya.

Mewakili pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), dengan segera pada hari yang sama, Al-Fadhil ustaz Armin Azahari bin Mamat telah ke farmasi berdekatan, membelikan tongkat kaki empat baharu demi menunaikan hajat murni seorang anak untuk melihat ibunya berjalan.

Ya ALLAH betapa besarnya ganjaran yang diterima para pembayar zakat MAIK. Bayangkan setiap langkah sang ibu tadi menggagahkan diri untuk beribadat kepada ALLAH SWT, betapa berlipat kali ganda pahala dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada kalian.

Terima kasih kepada semua penyumbang... Terima kasih juga Tok Imam. Semoga ALLAH SWT mengurniakan ganjaran  terbaik.

 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1378
Kelmarin3023
Minggu Ini17862
Bulan Ini88305
Jumlah Pengunjung27554748

A- A A+