faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BENGKEL PENYELARASAN KURIKULUM INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM (IPI) MAIK KATEGORI PENGAJIAN PONDOK

Bengkel Penyelarasan Kurikulum Institusi Pendidikan Islam, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Bagi Kategori Pengajian Pondok telah diadakan di Hotel H-Elite Design, dekat Kota Bharu.

Program tiga hari anjuran Unit Dakwah MAIK bermula 26 hingga 28 Mei 2022 itu telah membabitkan 46 pengusaha pondok di Kelantan. Untuk makluman terdapat 48 institusi pondok di Kelantan yang berdaftar di bawah MAIK.

Sukatan pelajaran yang digunapakai adalah berbeza di setiap pondok. Oleh itu, antara matlamat utama penganjuran bengkel adalah untuk menyelaraskan sukatan pengajian sistem pondok di Kelantan yang berdaftar bersama MAIK.

Terlebih dahulu sukatan pelajaran yang digunapakai di pondok-pondok di Kelantan dikumpulkan yang kemudiaan menerusi bengkel ini, kita mencari titik persamaan dalam menyediakan silibus terbaik kepada semua pondok.

Apabila terdapat satu silibus dan modul kurikulum ditetapkan ia akan membantu pihak MAIK untuk membuat penyelarasan dan pemantauan.

Selain itu juga, ia akan membantu ibu bapa atau warga emas yang ingin membuat pendaftaran. Mereka terlebih dahulu dapat mengetahui sukatan mata pelajaran yang disediakan dengan melayari laman web MAIK bagi membuat pilihan sebelum memilih institusi berkenaan.

MAIK sentiasa berusaha sedaya upaya supaya hasrat pengusaha pondok untuk meningkatkan syiar Islam dapat dilaksanakan.

Menerusi program ini juga akan menjadikan MAIK sebagai rujukan dalam aspek pendidikan di pondok-pondok. Pihak MAIK sentiasa terbuka untuk membantu institusi pondok di Kelantan.

Program telah dirasmikan oleh YB. SS. Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan sementara majlis penutup disempurnakan Yang Amat Berusaha Timbalan Yang Dipertua MAIK, Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman. Hadir sama, AF. Haji Murtadha bin Abdullah, Ketua Pegawai Agama MAIK.

 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1653
Kelmarin3023
Minggu Ini18137
Bulan Ini88580
Jumlah Pengunjung27555023

A- A A+