faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK BERKENAN MENGAYUH BASIKAL DALAM CUACA PANAS, SINGGAH DI TIGA MASJID, KURNIAKAN ZAKAT KEPADA 150 KELUARGA ASNAF FAKIR DAN MISKIN DI BACHOK

Walaupun cuaca panas terik hari ini, namun Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) berkenan mengayuh basikal demi mengurniakan serta menyantuni golongan memerlukan di sekitar Bachok.

Yang Berhormat Mulia memulakan kayuhan sejauh 10 kilometer (km) bermula dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok sempena Program Kembara Titah YBM Tengku Temenggong Kelantan Bil 3/2022 di Jajahan Bachok.

Memulakan kayuhan dari UMK, Yang Berhormat Mulia singgah di Masjid Mukim Neman seterusnya meneruskan kayuhan ke Masjid Mukim Melawi dan Masjid Mukim Repek.

Yang Berhormat Mulia berkenan mengurniakan wang zakat kepada 150 orang penerima yang mana mereka mendapat RM500 setiap seorang.

MAIK membelanjakan wang zakat berjumlah RM75,000 untuk diagihkan kepada kesemua yang layak.

Turut sama mengayuh basikal bersama Yang Berhormat Mulia ialah, YBhg. Timbalan Naib Canselor UMK, Prof Dr Razli Che Razak dan YBrs. Bendahari UMK, Encik Yusri bin Awang.

Program dengan kerjasama UMK tersebut turut dihadiri, Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK dan YBrs. Setiausaha MAIK, Encik Muhamad Rasani bin Ramli.

Jangan lupa Follow, Like dan Share :

- Instagram: https://www.instagram.com/maikkelantan

- Facebook: Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan

#MAIK2022

#MAIKPrihatin

#MAIKRamadan2022

 

 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2119
Kelmarin3045
Minggu Ini5164
Bulan Ini5164
Jumlah Pengunjung29309781

A- A A+