faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIK 2022: 540 PELAJAR ASNAF FAKIR DAN MISKIN DI PENGKALAN CHEPA TERIMA SUMBANGAN

Keceriaan jelas tergambar buat 540 pelajar-pelajar terpilih di sekitar Pengkalan Chepa yang menerima sumbangan Bantuan Persekolahan dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Bantuan bernilai RM81,000 itu membabitkan 188 ketua isi rumah, yang mana anak-anak asnaf fakir dan miskin menerima wang tunai dan peralatan sekolah baharu berjumlah RM150 setiap seorang.

Sumbangan berkenaan telah disampaikan Al-Fadhil Ustaz Mahamad Azmi bin Zakaria, Pegawai Agihan Zakat MAIK, bersama Al-Fadhil Ustaz Haji Baharin bin Yusoff selaku Iman Tua Masjid Masjid Assalam menerusi 22 Imam Mukim di Dewan Solat Masjid Assalam, Pengkalan Chepa.

Terima kasih kepada para pembayar zakat yang telah menginfakkan harta mereka menerusi MAIK bagi meringankan beban golongan asnaf fakir dan miskin di negeri Kelantan.

Terima Kasih Para Pembayar Zakat, Anda Adalah Hero Asnaf!

Bayar Zakat, Harta Berkat!

#MAIK2022

#MAIKPrihatin

#MenujuredhaALLAH

 

 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2380
Kelmarin3045
Minggu Ini5425
Bulan Ini5425
Jumlah Pengunjung29310042

A- A A+