faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BENGKEL SEMAKAN PELAN STRATEGIK MAIK “UNLEASHING EXCELLENCE IN SERVICE”

Pihak Pengurusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), telah mengadakan Bengkel Pelan Strategik Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan “Unleashing Excellence In Service” selama epat hari tiga malam bermula 11 hingga 14 Oktober di Ozo George Town Hotel, Pulau Pinang.

Penyertaan secara menyeluruh diwajibkan kepada semua ketua bahagian dan ketua unit dalam organisasi MAIK yang melibatkan seramai 37 orang.

Pelan Strategik MAIK 2020-2030 telah dilancarkan pada 28 September 2020. Pelan strategik ini merupakan rujukan utama kepada setiap bahagian dalam merancang strategi dan inisiatif secara sistematik serta bersepadu.

Dokumen ini memusatkan segala komitmen dan fokus seluruh warga MAIK bagi menjayakan visi serta misi organisasi sebagai badan induk agama negeri Kelantan.

Bengkel ini diketuai oleh Yang Amat Berusaha Haji Zulkifle bin Ab. Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK dan Yang Berusaha Haji Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK.

Bengkel ini dijayakan dengan kerjasama perkidmatan perunding oleh Biz Transformer Consultancy iaitu coach Idahar bagi memastikan pelan strategik ini dibina mematuhi Prinsip Smart dan berkesan.

Bengkel Semakan Pelan Strategik ini dibuat agar MAIK sentiasa seiring dengan pelan strategik yang telah digariskan.

Semoga MAIK terus maju dalam mengorak langkah memastikan fungsi dan peranannya dilaksanakan dengan jayanya.


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini665
Kelmarin3013
Minggu Ini6723
Bulan Ini6723
Jumlah Pengunjung29311340

A- A A+