faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

HANYA 20 % JANTUNG BERFUNGSI

Kehidupan 5 beranak berubah sekelip mata apabila ketua keluarga mereka disahkan tiba-tiba menghidap sakit jantung. Hanya 20 peratus jantung si ayah berfungsi. ALLAHUAKBAR.

Jika sebelum ini, Mat Salleh bin Harun berusia 58 tahunlah, yang membanting tulang, tetapi segalanya berubah setelah si ayah tidak boleh melakukan sebarang kerja sejak 7 bulan lalu.

Sebelum ini si ayah bekerja sebagai tukang cat kereta selama 30 tahun di Kota Bharu, sebelum dia menyewa kedai untuk menjual kecil-kecilan sebelum mengambil keputusan untuk berehat panjang.

Si isteri juga tidak mampu membantu si suami kerana sejak 2 tahun lalu dia tidak lagi dapat melihat dunia. Nikmat penglihatannya diuji. ALLAHUAKBAR besarnya ujian mereka.

Mereka sebenarnya mempunyai 3 orang anak, sulong berusia 27 tahun, kerja kilang di ibu kota. Anak kedua berusia 25 tahun. Menjadi pembantu kedai jualan barangan terpakai. Gaji mereka cukup-cukup untuk diri sendiri.

Namun sebagai anak, mereka juga menghulurkan duit sekadar termampu untuk membantu keluarga. Sementara si bongsu berumur 10 tahun. Masih belajar di Sekolah Kebangsaan Pendek, Kota Bharu.

Keluarga ini juga bertuah kerana jiran-jiran dan penduduk banyak menghulurkan bantuan. Prihatin dengan keluarganya. Bolehlah sedikit-sebanyak menampung perbelanjaan harian, si isteri sudah menerima bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan.

Beberapa hari lalu, kisah hidup mereka sampai kepada kami di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Jadi pihak kami diwakili YBrs. En. Ikhwan bin Mat Yasin, Pegawai Agihan Zakat MAIK dan YBrs. En Muhamad Firdaus bin Mat Rahim, Pegawai Komunikasi Korporat MAIK menyantuni mereka di Kampung Pendek, Kota Bharu.

Setibanya kami di rumah mereka, pakcik Mat berada di muka pintu. Ingatkan dia menunggu kami. Rupanya dia memang selalu berada di situ. Dia tidak boleh panas. Jika terasa bahang melampau, pernafasannya terganggu. ALLAHUAKBAR.

Semasa kami bertanyakan soalanpun, dia tidak boleh banyak bercakap. Menjawab sepatah-sepatah. Dadanya turun naik. Semput. Ketika itu dia meminta tolong si isteri menggosok di bahagian belakang badannya.

YA ALLAH. Ya Tuhanku. Memang keluarga ini layak kami bantu dan memang para pembayar zakat kami pun tidak akan berdiam diri. Itulah hasrat mereka. Wang zakat yang mereka amanahkan kepada kami wajib, sampai kepada golongan sebegini.

Kami tidak mengecewakan kepercayaan para pembayar zakat kami. Kami telah gembirakan keluarga ini. Kami telah sampaikan segera berbentuk Bantuan Am sebanyak RM2,000.

Untuk ringankan perbelanjaan bulanan, mereka mendapat bantuan bulanan MAIK sebanyak RM600. Kami juga berikan bakul makanan. Untuk anak bongsunya juga MAIK pertimbangkan Bantuan Biasiswa Tengku Anis untuk perbelanjaan persekolahan anaknya.

Terima kasih pembayar zakat kami. Zakat kalian memberikan kegembiraan kepada keluarga ini.

Terima Kasih Pembayar Zakat MAIK.

#MAIK2023

#MAIKPrihatin

#MAIKCaknoSengoti


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini314
Kelmarin3741
Minggu Ini7781
Bulan Ini80843
Jumlah Pengunjung30904015

A- A A+