faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

IBU TUNGGAL PENGHIDAP THALASEMIA TERIMA BANTUAN RUMAH DAN ZAKAT BULANAN MAIK

ibu-tunggal1 ibu-tunggal2 ibu-tunggal3

Seorang ibu tunggal menghidap penyakit Thalasemia Trait bersyukur kerana menerima manfaat wang zakat orang ramai menerusi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan sekaligus telah membantu menyelesaikan kerumitan kehidupan keluarga mereka.

Beberapa hari lalu, kesempitan hidup dialami Puan Ruslizawati bersama lima anaknya tular media sosial dan pihak MAIK telah turun padang bertanya khabar dan menyantuni mereka dengan segera di rumahnya di Kampung Panjang Binjai Kota Bharu.

Puan Ruslizawati binti Azemi, 39, bersama lima anaknya berusia 17, 11, 8, 5 dan 3 tahun sebenarnya sudah berteduh di rumah bantuan MAIK yang didiami mereka sejak Oktober 2022 lagi di Kampung Panjang Binjai Kota Bharu.

Selain itu, hasil lawat siasat yang dilakukan Khamis lalu, mereka turut menerima sumbangan berjumlah RM2,500 dan layak diberikan bantuan secara bulanan.

Sumbangan zakat tersebut telah disampaikan oleh YBrs. Puan Nor Amira binti Che Soh, Pegawai Juru Ukur Bahan, MAIK dan bersama menziarahi keluarga ini adalah Al-Fadhil Ustaz Mahamad Azmi bin Zakaria, Pegawai Agihan Zakat MAIK serta Al-Fadhil Ustaz Muhammad Hafizi bin Ramli, Imam Tua Masjid Al-Ismail Petra Kubang Kerian.

Sebelum ini punca rezeki mereka bergantung sepenuhnya dengan bantuan JKM.

Puan Ruslizawati juga perlu menjalani rawatan bulanan secara percuma di Klinik Kesihatan Lubok Pukol.MAIK mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembayar zakat dan pihak yang menginfakkan harta mereka, kerana sumbangan andalah telah memberikan kegembiraan kepada insan memerlukan seperti Puan Ruslizawati.

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini400
Kelmarin4007
Minggu Ini4407
Bulan Ini102724
Jumlah Pengunjung31558046

A- A A+