faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

WANG ZAKAT RINGANKAN BEBAN IBU TUNGGAL SARA 3 CUCU YATIM PIATU DAN ANAK OKU

wangzakat1 wangzakat1

Ujian hidup dihadapi setiap insan tidak sama. Ada diuji dengan kesempitan hidup dengan sumber rezeki terputus dan ada yang diuji dengan kudratnya.

Begitu juga dihadapi seorang ibu tunggal, berusia 56 tahun ini. Kematian suami tujuh tahun lalu akibat asma. Bergantung hidup sepenuhnya dengan bantuan JKM untuk menyara dua orang anak masih bersekolah dan seorang anak istimewa berusia 28 tahun.

Bukan itu sahaja, kini kak Rohana binti Musa yang tinggal di Kampung Panjang, Banggu Kota Bharu juga perlu menyara tiga cucunya (masih bersekolah) yang kematian ibu dan ayah mereka. Dia juga tidak bekerja. Besar sungguh dugaan kak Rohana.

Kisah mereka 7 beranak ini sampai ke pengetahuan pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Pihak kami diwakili Al-Fadhil Ustaz Muhammad Hafizi bin Ramli, Imam Tua Masjid Al-Ismail Petra Kubang Kerian bersama Al-Fadhil Ustaz Mahamad Azmi bin Zakaria, Pegawai Agihan Zakat MAIK dan YBrs. Puan Nor Amira binti Che Soh, Pegawai Juru Ukur Bahan, MAIK turun padang dengan segera menyantuni mereka.

Kami telah sampaikan bantuan segera berjumlah RM3,000 dan kak Rohana juga diberikan kelulusan segera untuk menerima bantuan bulanan daripada pihak MAIK.

Tanggungan kak Rohana yang masih bersekolah juga disyorkan untuk diberikan Biasiswa Tengku Anis bagi membantu perbelanjaan persekolahan mereka.

Lihatlah betapa bermaknanya wang zakat yang telah dibayar kepada MAIK. Kami agihkan kepada mereka yang memerlukan dan ini sekaligus telah memberikan sinar kegembiraan kepada kak Rohana yang dihimpit dengan kesusahan menyara anak-anak dan cucu-cucunya yatim piatu.

Semoga ALLAH SWT memberikan ganjaran yang tidak putus-putus kepada semua pembayar zakat MAIK. Amin-amin Ya Rabbal Alamin.

 

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini3992
Kelmarin5066
Minggu Ini9058
Bulan Ini32739
Jumlah Pengunjung29337356

A- A A+