faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KELANTAN NEGERI PERTAMA LAKSANAKAN SPMM DI SELURUH MASJID DI BAWAH MAIK

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), satu-satunya majlis agama yang menjalankan penilaian dan penarafan untuk semua 611 masjid di seluruh negeri Kelantan.

Ini menjadikan Kelantan sebagai negeri pertama yang melaksanakan Program Penarafan Masjid di seluruh negeri Kelantan di bawah kawalan MAIK dengan menggunapakai modul Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bermula sejak tahun 2009.

Pencapaian dibanggakan itu telah diumumkan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan juga Yang Dipertua MAIK, sempena Majlis Amanat Tengku Yang Dipertua MAIK Bersama Pegawai Masjid Negeri Kelantan Tahun 2023 pada 15 Ogos 2023 di The Grand Renai Hotel Kota Bharu.

Pelaksanaan modul ini sebenarnya telah dilakukan di beberapa buah negeri di Malaysia, dengan memilih masjid-masjid tertentu untuk dibuat penilaian tetapi di Kelantan ia dilaksanakan di seluruh masjid.

Pelaksanaan penarafan ini dipandu oleh pakar rujuk iaitu Yang Berbahagia Professor Dr Mohd Adri Che Noh, Pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang juga merupakan penggubal modul Standard Penarafan Masjid Malaysia.

Beliau telah dibantu oleh 20 orang pegawai penilai dan 10 orang Penyelaras Pentadbiran Masjid Jajahan (PPMJ) telah melaksanakan penilaian dan pengauditan di setiap masjid bermula Februari hingga Mei tahun ini.

Berikut adalah jumlah bintang yang telah diperolehi oleh setiap masjid yang telibat dengan penarafan pada kali ini :

  • 5 bintang

( markah 90% hingga 100% ) : 5 buah masjid

  • 4 bintang

( markah 80 % hingga 89 % ) : 21 buah masjid

  • 3 bintang

( markah 60 % hingga 79 % ): 194 buah masjid

  • 2 bintang

( markah 41 % hingga 59 % ) : 318 buah masjid

  • 1 bintang

( markah 1 % hingga 40 % ) : 73 buah masjid

Masjid yang mendapat 5 Bintang, menerima Sijil Penarafan dan wang tunai sebanyak RM10 ribu.

  1. Masjid Muhammadi (Masjid Negeri), Kota Bharu
  2. Masjid Ismail Petra, Tanah Merah
  3. Masjid Mukim Pangkal Melerek, Machang
  4. Masjid Mukim Pauh Sembilan, Bachok
  5. Masjid Mukim Banggol, Kota Bharu

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada masjid yang telah berjaya mencapai 5 bintang pada program penarafan pada kali ini. Terdapat beberapa insentif yang telah disediakan kepada masjid yang cemerlang ini.

#MAIK2023

#PenarafanMasjidNegeriKelantan

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2718
Kelmarin3540
Minggu Ini12316
Bulan Ini12316
Jumlah Pengunjung29316933

A- A A+