KELUARGA ANAK RENTUNG KEBAKARAN TERIMA SUMBANGAN MAIK
Pihak Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian telah menyampaikan sumbangan segera kepada keluarga mangsa kebakaran yang turut mengakibatkan seorang anak berusia 46 tahun rentung di Kampung Huda, Kubang Kerian.
Sumbangan segera berjumlah RM2,000 telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Hafizi bin Ramli, Imam Tua Masjid Al-Ismail Petra Kubang Kerian mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan itu telah disampaikan kepada ayah mangsa, Haji Talib juga Bilal Masjid Kampung Huda.
Bapa mangsa menceritakan kejadian berlaku tengah hari pada Khamis lalu ketika sedang bersiap untuk bertugas untuk solat Zohor. Ketika di dalam bilik air dia mendengar teriakkan anak-anaknya dan mendapati api sudah marak.
Salah seorang anak lelaki mangsa berusia 46 tahun, yang cedera akibat kemalangan setahun lalu tidak dapat diselamatkan dan ditemui rentung di dalam bilik tidur akibat terperangkat ekoran asap tebal.
Sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk arwah. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu menampung keperluan keluarga ini yang turut kehilangan harta benda setelah rumah didiami mereka hangus 80%. Terima kasih Para Pembayar Zakat. Anda Hero Sebenar Asnaf.