KURSUS PENGUKUHAN KERJA BERPASUKAN (TEAM BUILDING) MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
Unit Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus Pengukuhan Kerja Berpasukan (Team Building) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada 10 Februari sehingga 12 Februari 2023 di Sutra Beach Resort, Besut Terengganu.
Kursus yang berlangsung selama 3 hari dua malam ini telah dihadiri seramai 44 orang peserta terdiri daripada Imam Tua dan Imam Muda berserta beberapa warga kerja Masjid Bandar dan Jajahan Negeri Kelantan.
Tenaga pengajar untuk kursus ini adalah dari Moza Consultation Training & Consultancy iaitu, Yang Berusaha Dr. Zain bin Haji Mahmood.
Objektif utama pelaksanaan kursus ini bertujuan memberi pengetahuan dan pemahaman berhubung pengaruh sikap dan budaya kerja serta kehidupan harian.
Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menerapkan kesedaran dan sikap positif dalam menjana kehebatan diri untuk menjadi seseorang yang kreatif dan inovatif.
Secara keseluruhannya, peserta dapat memupuk sikap kepimpinan, penglibatan dan kerjasama di antara mereka secara harmoni selain dapat meningkatkan kompetensi berkomunikasi dalam mengatur strategi.