faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KUNJUNGAN HORMAT DAN PERKONGSIAN MAKLUMAT BERSAMA JKM KELANTAN

Pihak Pengurusan Darul Aitam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan kunjungan hormat dan perbincangan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kelantan berkenaan dengan pelaksanaan prosedur Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 dan Bengkel Interaktif.

Kunjungan pada 29 November 2023 ini telah diketuai oleh Yang Berusaha Ustaz Mohd Afifi bin Haji Ahmad @ Ahmad Ashaari, Pengurus Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji (KIJPSIP) dan turut hadir, Yang Berusaha Encik Yasman bin Haji Hashim @ Yasin, Penyelia Darul Aitam, MAIK berserta kakitangan Darul Aitam, MAIK.

Kunjungan hormat ini telah disambut oleh Yang Amat Berusaha, Encik Said bin Sidup, Pengarah JKM Kelantan Bersama Pegawai Psikologi dan pegawai-pegawai kanannya.

Program julung kali ini diadakan bagi mendapatkan pengalaman dan perkongsian berhubung dengan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 dan Bengkel Interaktif dikuatkuasakan oleh JKM yang boleh disesuaikan serta digunapakai oleh Unit Darul Aitam MAIK.

Perbincangan turut memfokuskan kepada Akta Kanak-Kanak 2015 iaitu hak perlindungan kanak-kanak.

Terima kasih diucapkan kepada pihak JKM yang telah sudi menerima kunjungan daripada pihak Darul Aitam MAIK.

#MAIK2023

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini200
Kelmarin3045
Minggu Ini3245
Bulan Ini3245
Jumlah Pengunjung29307862

A- A A+