faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM SULAM BERSAMA UiTM BANTU PENGHUNI DARUL AITAM MAIK URUS KEWANGAN DENGAN BAIK

Pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengadakan Program Service Learning Malaysia-University For Society (SULAM) bersama penghuni Darul Aitam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada 25 November 2023 di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji.

Program ini dianjurkan oleh penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kewangan) cawangan Kelantan kampus Kota Bharu yang bertajuk ‘Money Matter’.

Ia memfokuskan berkaitan pengurusan kewangan peribadi yang bertujuan agar pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman berhubung konsep serta prinsip perancangan kewangan peribadi.

Di samping itu, ia diadakan bagi memberikan pendedahan awal kepada para penghuni Darul Aitam MAIK, berkaitan menguruskan kewangan dengan lebih efisien.

Program ini amatlah digalakkan kerana ia memberikan panduan dalam menguruskan kewangan bermula dari sekarang sehinggalah membantu mereka pada masa akan datang.

#MAIK2023

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini284
Kelmarin3045
Minggu Ini3329
Bulan Ini3329
Jumlah Pengunjung29307946

A- A A+