faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KURSUS KEPIMPINAN, KETERAMPILAN & ETIKA SOSIAL MAIK

Unit Pengurusan Sumber Manusia, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menganjurkan kursus Kepimpinan, Keterampilan & Etika Sosial MAIK pada 14 hingga 17 September 2023 di The granbd Campbell Hotel Kuala Lumpur.

Program selama empat hari yang mendapat bimbingan YBrs. Dr Mohd Razali Maarof dan YBrs. Encik Asnawi Yusuf dari Awaken Training & Consultancy itu telah dihadiri 40 peserta melibatkan Imam Tua dan Imam Muda berserta beberapa Pegawai MAIK.

Objektif utama kursus ini adalah bertujuan memberi pengetahuan dan pemahaman berhubung pengaruh sikap terhadap budaya kerja serta kehidupan harian.

Di samping itu, ia juga dapat imej dan jenama professional organisasi dengan membantu para peserta dalam memantapkan keterampilan diri dan personaliti masing-masing lebih-lebih lagi para imam.

Pada program sama turut diadakan Sesi Bersama Yang Dipertua MAIK, Yang Berhormat Mulia, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz juga Tengku Temenggong Kelantan yang berlangsung 16 September 2023.

Sesi tersebut turut disertai YABrs, Haji Zulkifle Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua, MAIK dan Ybrs. Haji Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK.

Pertemuan berkenaan memberi peluang kepada para peserta berinteraksi secara langsung dengan pihak pengurusan tertinggi MAIK.


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini272
Kelmarin3540
Minggu Ini9870
Bulan Ini9870
Jumlah Pengunjung29314487

A- A A+