faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK HANTAR BAKUL MAKANAN, BANTU ORANG ASLI DIANCAM HARIMAU

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sentiasa prihatin dan tidak sesekali meminggirkan masyarakat orang asli.

Oleh itu, pada hari 3 Oktober 2023, MAIK telah melancarkan misi menghantar bantuan makanan bagi membantu penduduk Orang Asli di Pos Bihai dan Belatim, daerah Gua Musang yang dimaklumkan terjejas akibat gangguan harimau di kawasan penempatan mereka.

Ekoran kejadian tersebut, ia telah mengakibatkan penduduk sekitar takut untuk keluar mencari makanan dan mengusahakan ladang, kerana difahamkan harimau masih berkeliaran di kawasan mereka.

Bagi membantu meringankan beban dan mengurangkan kebimbangan kerana kekurangan bekalan makanan dalam tempoh genting ini, pihak MAIK pada hari ini menghantar sumbangan makanan berjumlah RM73,350.00.

Misi menghantar bantuan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK di pekarangan pejabat MAIK dekat Lundang.

Hadir sama, Yang Amat Berusaha, Puan Zarina binti Razlan, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Kelantan (JAKOA) Negeri Kelantan dan Terengganu.

Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam memberitahu, walaupun mereka ini berada jauh di pedalaman, MAIK dengan kerjasama pihak berkaitan akan memastikan bantuan bakul makanan ini akan sampai kepada 304 ketua isi rumah di Pos Bihai dan 185 ketua isi rumah di Pos Belatim dengan segera.

Pada masa sama, Puan Zarina mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MAIK kerana sentiasa prihatin dan membantu masyarakat orang asli dan pelbagai perkara termasuk kes terbaharu yang membabitkan ancam harimau.

#MAIK2023


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2416
Kelmarin3013
Minggu Ini8474
Bulan Ini8474
Jumlah Pengunjung29313091

A- A A+